Saturday 13 July 2013

KISAH DAP & RBA!

-MONUMEN PENIPUAN TERMAHAL PASCA PRU-13 BERNILAI RM60,000 ITU IAITU BURUNG UBAH SECARA LANGSUNG MENGAITKAN DAP & RBA! KEKEKE!!!-

Sabtu ini, DAP akan melancarkan satu belon gergasi yang menyerupai Burung Ubah (gambar di atas) yang berharga RM60,000 di Nautilus Bay Jelutong Promenade (IJM Promenade), Sungai Pinang, Pulau Pinang.

Bayangkan…begitu banyak wang dimiliki parti berkenaan ia apabila mampu meletakan sebuah belon berharga RM60,000 terapung di satu kawasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengetahu jumlah itu akan dipersoalkan, dengan pantas cuba menafikan wang itu datang dari DAP dengan berkata ia hadiah dari penyokong parti berkenaan.

Namun…siapa penyokong itu? Tokey rumah urut? Tokey judi haram? Kalau betul penyokong itu wujud, mesti dia ada nama.

Kalau belon plastik sahaja cecah RM60,000 …maka tidak terperanjatlah kalau ada dakwaan mengatakan parti itu membelanjakan RM100 juta lebih untuk pembangunan dan aktiviti tentera siber Red Bean Army (RBA) untuk tempoh beberapa tahun menjelang pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Begitu nyata duit bukan isu yang besar untuk parti berkenaan.

Dana dari tokey-tokey judi haram, bapak ayam, tokey rumah urut dan dari negara luar terutama dakwaan dari Singapura dan Taiwan memperlihatkan DAP bukan parti picisan… ia bersedia sepanjang masa untuk merampas Malaysia dan menjadikannya satu lagi mini China di Kepulauan Melayu.

Apa pun, penulis melihat apa yang DAP hendak lancarkan itu bukan sekadar sebuah belon mahal….tetapi sebagai satu monumen… bukan monumen kejayaan tetapi monumen penipuan pembangkang terutama DAP pada PRU-13 lalu.

Kenapa?

Kerana Burung Ubah itu adalah logo rasmi pasukan RBA…sebelum indentiti mereka diketahui…RBA akan meletakan gambar kecil burung itu di setiap video dan banner fitnah yang dicipta serta disebarkan mereka.

Burung Ubah itulah yang dirancang untuk dipamerkan kepada rakyat!!!

Kini, kita semua sudah tahu bahawa RBA yang dikaitkan dengan DAP selama bertahun-tahun menipu dan mengugut begitu ramai rakyat negara ini dengan begitu banyak propaganda dalam talian.

Dan kemuncak penipuan mereka dapat dilihat pada hari PRU-13 pada 5 Mei lalu apabila video-video dan gambar penuh penipuan tersebar di media-media sosial bagi mengaburi pemikiran rakyat.

Antaranya video-video kononnya ada 45,000 pengundi Bangladesh keluar mengundi (yang kemudian semuanya terbukti penipuan), Tun Mahathir lari ke Eropah pada hari pengundian kerana tahu Pakatan Rakyat akan menang, beg undi dibuang dari helikopter (ada jugak yang percaya), blackout di pusat-pusat pengiraan undi (yang terbukti kemudian hari tidak ada satu pun yang betul, malah sekeping gambar dicanang sebagai kejadian itu pun terbukti lakonan) dan macam-macam.

Sebagai manusia berakal…tidakkah kita rasa marah dan diperbodohkan oleh sekumpulan manusia dan parti yang begitu rakus mahu memegang kuasa?

Dengan begitu mudah mereka mencipta pelbagai penipuan dan kemudian tidak mahu mengaku…

Mereka telah merendahkan tahap pemikiran kita sebenarnya…

Dan mereka terus merendahkan kita apabila tergamak membina monumen penipuan menggunakan logo rasmi RBA yakni Burung Ubah berkenaan untuk dijadikan tatapan kepada masyarakat umum.

Apakah Guan Eng dan rakan-rakannya ketawa besar bila mereka melihat belon plastik itu mula-mula didirikan…? Entah kenapa imej Guan Eng sedang ketawa sambil terngaga mulut dan cermin matanya hampit terjatuh asyik muncul di pemikiran penulis.

Apa pun..pada harga RM60,000 …belon burung plastik itu nyata sekali adalah monumen penipuan termahal yang wujud selepas PRU-13!

Apa lagi yang kita akan diperbodohkan selepas ini?

(Oleh: AK-47)

Fakta Tambahan Monumen Penipuan:

- Diperbuat daripada pvc berkualiti tinggi seberat 250 kilogram.

- Ketebalan badannya adalah 0.35mm manakala pelampung di bawah setebal 0.7mm

- Seperti biasa, ia dibangunkan berasaskan kejayaan itik kuning negara China (Hong Kong).

- Disiapkan dalam masa dua bulan (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List