Saturday 22 June 2013

KRONOLOGI BLACK505 HINGGA JAM 6PM

-PERKEMBANGAN TERKINI PERHIMPUNAN BLACK505 DILOKASI MASJID NEGARA KUALA LUMPUR!-

Kelibat anggota polis dan DBKL mula kelihatan di Padang Merbok
Berikut adalah kronologi perhimpunan Black 505 dari Masjid Negara di sini:

5.45 petang: Para peserta himpunan Black 505 mulai bersurai secara aman sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri ucapannya.

5.24 petang: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ucapan di himpunan Black 505 di Padang Merbok.

5.10 petang: Penganjur himpunan yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kemudiannya membuat pengumuman bahawa perkara yang berlaku sudah diselesaikan dan meminta sebahagian peserta supaya bertenang dan kembali berhimpun di Padang Merbok.

5 petang: Berlaku kekecohan kecil dipercayai berpunca daripada satu provokasi melibatkan sekumpulan peserta Himpunan Black 505 dan seorang anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Padang Merbok sehingga berlarutan ke Jalan Parlimen.

4.30 petang: Ucapan diteruskan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua; Timblan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang.

4.25 petang: Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berucap di hadapan para peserta himpunan Black 505.

Sekumpulan besar peserta di Sogo berarak menuju ke Padang Merbok
4.06 petang: Penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di Padang Merbok.

3.40 petang: Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S.Ambiga dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi antara yang memberi ucapan awal di Padang Merbok.

3.20 petang: Separuh daripada kawasan Padang Merbok dibanjiri para peserta himpunan.

3.00 petang: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai tiba di Padang Merbok.

2.58 petang: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bersama-sama sebahagian besar peserta himpunan tiba di Jalan Parlimen, bersebelahan dengan Padang Merbok.

2.46 petang: Sekumpulan Unit Amal PAS menjaga laluan di sepanjang Jalan Parlimen ke arah Padang Merbok.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub antara pemimpin Pakatan Rakyat berarak bersama-sama dengan para peserta himpunan Black 505.

Peserta himpunan kelihatan berkumpul di Masjid Negara
2.40 petang: Sepanjang jalan dari arah Masjid Negara, Dayabumi sehingga ke Bank Rakyat sesak dengan para peserta himpunan Black 505 untuk menuju ke Padang Merbok.

Bagaimanapun, keadaan masih terkawal.

Pasukan anggota polis mengawal keadaan lalu lintas di Jalan Kuching dekat Bank Rakyat.

2.20 petang: Para peserta melaungkan "Reformasi, Hidup Rakyat" sepanjang berarak di Jalan Sultan Hishammudin dekat Masjid Negara.

2.18 petang: Para peserta himpunan Blackout 505 di Masjid Negara bergabung dengan para peserta yang berarak dari arah Brickfields, untuk bersama-sama menuju ke Padang Merbok.

2.14 petang: Para peserta himpunan Blackout 505 bersiap sedia untuk berarak ke Padang Merbok, Kuala Lumpur.

2.12 petang: Para peserta melaungkan slogan "Hidup, hidup rakyat. Hancur, hancur kezaliman. Turun (letak jawatan), turun Pengerusi, Timbalan Pengerusi SPR.

2.10 petang: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS - Taman Templer, Zaidi Abdul Talib turut memberi ucapan di hadapan para penyokong di perkarangan Masjid Negara.

Azmin turut kelihatan di Masjid Negara
2.03 petang: Ucapan diikuti oleh Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat, Dr Zulkefly Ahmad.

1.58 tengah hari: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman memberi ucapan di hadapan para peserta di perkarangan Masjid Negara.

1.08 tengah hari: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tiba di perkarangan Masjid Negara.

12.25 tengah hari: Semakin ramai mula membanjiri perkarangan Masjid Negara. Hampir kesemua mereka berpakaian hitam. Keadaan di sini masih terkawal.

10.17 pagi: Sekumpulan anak muda membawa beberapa kepingan kadbod yang antaranya tertera perkataan "SPR Sila Letak Jawatan", Democracy Is Dead" dan "SPR Should Resign".

10 pagi: Jalan Sultan Hishammuddin di hadapan Masjid Negara mulai sesak.
Antara gelagat peserta himpunan yang berkumpul di Masjid Negara

Difahamkan jalan di Dataran Merdeka ditutup.

9.50 pagi: Sejumlah kecil penyokong Black 505 kelihatan duduk di kawasan sekitar perkarangan Masjid Negara.

Lebih 20 gerai beroperasi di tepi jalan sekitar Masjid Negara menjual makanan, minuman termasuk kemeja-T dan bandana Blackout 505. (sumber/photo)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List