Saturday 22 June 2013

BLACK505: HUSAM "SYAHID" MENGEMBEK DARI DALAM LOKAP!

-AMBIK KOW! DIFAHAMKAN SI HUSAM SYAHID TELAH DI TANGKAP DI BALAI POLIS AMPANG & AKAN DI BAWA KE KELANTAN UNTUK SIASATAN! KEKEKE!!!-

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa telah ditangkap oleh Polis Cawangan Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang untuk Laporan tangkapan, beliau ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana dipercayai telah mengeluarkan kenyataan sesat yang berbaur hasutan.

Waran tangkap ke atas beliau telah dikeluarkan oleh IPD Cawangan Kota Bharu pada 20hb. Jun, 2013. Beliau akan dibawa ke kelantan untuk disiasat bawah Akta Hasutan. Bagaimanapun dilaporkan NGO R tajaan beliau akan berhimpun di Balai Polis Ampang pada malam ini.

Sementara itu penganjur himpunan blackout  turut mengesahkan menerima laporan penahanan bekas Exco Kerajaan Kelantan itu.

Pengerusi majlis, Chegu Bard memberitahu AJK Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Sepang, Mohd Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah sedang berurusan dengan polis berhubung penahanan itu.

Berita terdahulu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengesahkan beliau sebentar tadi ditahan polis ketika dalam perjalanan ke Padang Merbok dan akan disiasat mengikut Akta Hasutan.

Husam dalam satu kiriman SMS kepada portal pembangkang berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan satu fatwa syahidnya sebagaimana yang disiarkan Harakahdaily. http://gelombangkick.blogspot.com/2013/06/video-husam-fatwa-mati-syahid-di.html

Dalam kenyataan yang disiarkan Jumaat lalu, Husam antara lainnya berkata: "Setakat yang saya baca buku-buku, penentangan kita ini adalah satu jihad, penentangan kita adalah gerakan fi sabilillah, penentangan kita adalah untuk al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar, kalau saudara tak nak hadir, saudara duk diam, jangan buat kenyataan pelik-pelik."

"Jadi saudara adik-adik semua jangan ragu, jangan ragu, dan kalau polis bertindak kasar, walaupun niat kita dalam perhimpunan aman, menghantar mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban andaikata, satu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah". (sumber


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List