Monday 17 June 2013

FITNAH & PEMBOHONGAN PEMBANGKANG!

-FIKIR SECARA RASIONAL, BAGAIMANA BN BOLEH MEMBAWA 40,000 WARGA BANGLADESH KE MALAYSIA SEBAGAI PENGUNDI DALAM PRU-13 UNTUK "MEMBANTU" BN SEBAGAIMANA YANG TELAH DIDAKWA OLEH PEMBANGKANG! PERSEPSI MELAMPAU SEBEGINI YANG DMAINKAN PEMBANGKANG MEMBUKTIKAN MEREKA KETANDUSAN IDEA & TERDESAK! KEKEKE!!!-

NAJIB Tun Razak bersalaman dengan pelajar-pelajar pada majlis jamuan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, semalam. Majlis disertai 80 wakil pelajar Malaysia dari seluruh Indonesia termasuk Kelab UMNO Luar Negara. - BERNAMA
Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dinasihatkan tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang sehingga menjadikan mereka antikerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, fitnah dan pembohongan yang dilempar pembangkang khususnya berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini telah menimbulkan persepsi yang salah terhadap kerajaan sehingga ada golongan terpelajar yang menerima bulat-bulat dakyah tidak berasas itu.

Antara fitnah pembangkang yang tidak masuk akal dan tidak dapat dibuktikan sehingga ke hari ini tegas Najib, ialah tuduhan Barisan Nasional (BN) membawa 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi.

“Ini satu fitnah dan pembohongan. yang amat besar yang berlaku dalam pilihan raya kali ini. Sebab itu saya kata tak kan ada orang tak boleh fikir. Rupanya ada orang tak boleh fikir. Saya dapat tahu peguam pun tak boleh fikir.

“Apa masalah golongan ini? Apa sudah jadi dengan tahap kebijaksanaan dan rasional mereka yang tak boleh fikir soal ini," katanya dalam laporan Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia semalam.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan isteri, Datin Sharifah Ikhlas Syed Ismail.

Pada majlis itu, beliau turut meminta pelajar Malaysia di Indonesia berfikir secara rasional bagaimana BN boleh membawa 40,000 warga Bangladesh ke Malaysia sebagai pengundi pada PRU-13.

Ini kerana, kata Najib, sekiranya benar dakwaan itu berlaku, BN memerlukan 100 pesawat jumbo untuk mengangkut mereka dari negara asal.

Kalau bukan dengan pesawat sekalipun, BN tegas Najib, memerlukan 1,000 buah bas pula untuk membawa mereka ke tempat mengundi.

Najib berkata, dakwaan pembangkang itu tidak masuk akal dan BN pula sukar untuk menyembunyikan warga Bangladesh di Malaysia kerana ciri-ciri paras rupa mereka adalah berlainan dengan kebanyakan warga Malaysia.

“Saya sebagai Pengerusi BN menafikan sekeras-kerasnya wujud penipuan yang kononnya dilakukan oleh BN. Proses pilihan raya telah berlaku dengan adil mengikut undang-undang dan peraturan," katanya.

Menurut Najib lagi, BN yang telah banyak melakukan perubahan dari segi penyampaian dalam tempoh empat tahun yang lalu dan telah menang secara sah pada PRU-13.

Bagaimanapun, BN ujar beliau, telah kalah dalam perang persepsi (war of perception) kerana fitnah dan pembohongan yang dilakukan pembangkang melalui media alternatif lebih dipercayai daripada kebenaran yang dipaparkan dalam media arus perdana.

Perdana Menteri berkata, walaupun lawatan ke Indonesia kali ini bersifat peribadi, beliau turut mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin Indonesia yang rapat dengan beliau.

“Saya telah menegaskan kepada mereka bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia merupakan hubungan yang sangat penting yang perlu dipupuk dan diperkukuhkan melalui lawatan rasmi dan peribadi," katanya.

Sempena lawatan itu, Najib turut memenuhi permintaan stesen televisyen MetroTV dan majalah Tempo untuk ditemu bual.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List