Monday, 17 June 2013

BILANGAN SEBENAR PENUMPANG BOT EKSPRES KARAM BERKEMUNGKINAN LEBIH DARI (215 ORANG) YANG DILAPORKAN?

-MAYAT KELAKI YANG BELUM DIKENALPASTI IDENTITINYA DENGAN KEADAAN BAHAGIAN MUKA & BEBERAPA BAHAGIAN BADANNYA TERKOYAK DITEMUI KIRA-KIRA 30KM DARI LOKASI DIMANA BOT EKSPRES KAWAN MAS DILAPORKAN KARAM!-


Mayat seorang lelaki dalam keadaan reput teruk ditemui terapung di Sungai Rajang, berdekatan rumah panjang Rumah Lat, di Punan Sama, di Belaga semalam.

Tempat penemuan mayat itu adalah lebih sejam perjalanan bot dari Giam Bungan di mana bot ekspres “Kawan Mas” terbalik dan karam pada 28 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau yang dilaporkan Bernama sebagai berkata mangsa lemas itu memakai seluar jeans dengan tali pinggang kulit dan seluar dalam berwarna merah.

Beliau berkata penumpang sebuah bot ekspres yang melalui tempat itu melihat mayat mangsa pada pukul 1 tengah hari tadi sebelum memaklumkan kepada penduduk rumah panjang di situ.

Bakar berkata penduduk rumah panjang berkenaan kemudian memaklumkan penemuan itu kepada sebuah pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA dan Jabatan Pertahanan Awam yang melakukan operasi harian di kawasan itu.

Pasukan itu, yang terlibat dalam operasi tragedi bot itu, kemudian membawa mayat itu ke pusat kesihatan Belaga.

Bagaimanapun, Bakar berkata ia tidak dapat dipastikan sama ada mangsa tersebut adalah daripada bot “Kawan Mas” yang tenggelam itu.

Beliau menasihatkan orang ramai yang kehilangan saudara lelaki supaya memeriksa dan membuat laporan di balai polis Belaga.

Dalam tragedi bot ekpres tersebut, seorang lelaki, Maurice Ajan, 22 dan seorang wanita, Roslan Jati, 44, masih dilaporkan hilang.

Setakat ini, jumlah mangsa yang ditemui mati masih seorang manakala 213 mangsa terselamat.

PS: UnReportedNews™® telah difahamkan bahawa jumlah maksima penumpang untuk pengangkutan air sebesar bot ekspres Kawan Emas yang karam tersebut adalah 70 penumpang namun dalam insiden ini, penumpangnya adalah TIGA kali ganda dari sepatutnya. Apakah penguatkuasaan dari agensi yang berkaitan tidak dilakukan? Ini bukanlah insiden pertama melibatkan kehilangan nyawa berkaitan dengan bot ekspres. Sampai bilakah insiden-insiden seumpama ini dapat dipastkan tidak akan berulang lagi?

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List