Tuesday 11 June 2013

ALAHAI! DAP MALU-MALU KUCING LAH PULAK!

-KATA NAK BOIKOT SESI TAKLIMAT BERHUBUNG SIDANG PARLIMEN KE-13 TADI, TAPI SAJA DAP HANTAR MP BAKRI-ER TECK HWA JADI "SPY" NAK "MENGSEKODENG" TAKLIMAT TU! KEKEKE!!!-

Agen 00145?
Hanya seorang wakil rakyat pembangkang, iaitu anggota Parlimen kawasan Bakri di Johor, Er Teck Hwa dari DAP hadir pada sesi taklimat hari ini berhubung sidang Parlimen ke-13 yang dijadual bermula 24 Jun.

Ketidakhadiran mereka menimbulkan tanda-tanya kepada kalangan yang hadir terutama lebih 100 wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Ketika ditanya pemberita, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang dilaporkan Bernama sebagai berkata kemungkinan mereka tidak hadir kerana mempunyai hal lebih penting memandangkan kehadiran pada taklimat itu tidak diwajibkan.

Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, BN menang 133 kerusi manakala DAP 38, PKR 30 dan PAS 21.

Ketika ditemui, Er yang mempertahankan kerusinya pada pilihan raya lepas, berkata beliau hadir kerana ingin tahu mengenai garis panduan dan syarat-syarat yang bakal diguna pakai pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.

"Saya hadir hari ini kerana saya dijemput dan saya rasa taklimat hari ini penting, saya datang sendiri. Jangan salah faham kerana kemungkinan ahli Parlimen Pakatan Rakyat (yang lain) mempunyai aktiviti yang lain.

"Kalau ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain tidak hadir terpulang kepada mereka, tapi saya rasa ini penting," katanya.

Pemimpin pembangkang sebelum ini dilapor mahu memboikot sesi Parlimen ke-13 yang akan bermula 24 Jun ini kerana antara lain tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya umum lepas.

Sementara itu anggota Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Ir Wee Ka Siong, yang bakal mengambil tempat di sebelah Teck Hwa, memuji sikap Er yang hadir hari ini.

"Saya berasa terharu apabila ahli Parlimen Bakri hadir hari ini, walaupun Pakatan Rakyat kata nak boikot. Tapi kita hormati keputusan ahli Parlimen Bakri. Kita sepatutnya ambil peluang ini untuk hadiri kursus orientasi.

Sesi taklimat disampaikan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia Datuk Lamien Sabiyo.

Antara menteri yang hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pelajaran Kedua Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Sekiranya benar apa yang dinyatakan oleh Speaker DR melalui ruangan Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam tadi, eloklah disokong cadangan PR itu supaya kesemua MP mereka terlucut kelayakan sebagai wakil rakyat dan kesemua kawasan parlimen berkaitan akan diadakan Pilihan Raya kecil semula. Sesuatu yang amat baik.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List