Sunday 5 May 2013

PRU-13 SARAWAK: PESANAN BUAT PENGUNDI DIPARLIMEN SANTUBONG DARI CALON BN DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI



Khas Buat Semua Pengundi PRU-13 DiSeluruh Malaysia, 
Khususnya Pengundi-Pengundi Di Kawasan Parlimen P193 Santubong,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 
Selamat  Sejahtera, Salam Satu Malaysia

Tuan Puan yang dikasihi semua,

Dengan izinNYA,  Allah SWT, sekali lagi saya, Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah dipertanggungjawab untuk sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi  Parlimen P193 Santubong dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini (besok).

Alhamdullillah, Penggal Parlimen ke-12 yang lepas telah menyaksikan Kawasan Parlimen Santubong dianugerahkan dengan pelbagai projek-projek pembangunan yang merangkumi segala aspek, kehendak dan aspirasi rakyat bawah pemerintahan kerajaan BN baik pada peringkat negeri mahupun persekutuan.

Memanglah secara zahirnya, apa jua pembangunan dan bantuan kepada rakyat telah di implikasikan oleh BN, namun pada hakikatnya, yang memungkin segalanya ini sebenarnya adalah Tuan-tuan dan Puan-Puan sendiri, dengan memberi mandat kepada BN pada PRU-12 yang lepas untuk menjadi kerajaan.

Dengan itu, sekali lagi, saya tampil dan memohon sokongan dari pengundi-pengundi di Kawasan Parlimen Santubong agar keluar melaksanaan tanggungjawab anda semua untuk membuang undi dan seperkara lagi paling utama, adalah agar Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian membuat pilihan yang tepat mengikut penilaian yang sejujur-jujurnya terhadap prestasi BN di Santubong selama ini.

Sebenarnya perjalanan pembangunan di Santubong masih jauh lagi dan banyak pembaikan serta agenda yang harus dilaksanakan, ditambahkan lagi dengan perancangan jangka-panjang 20 tahun pembinaan Projek Mega Darul Hana di Santubong yang pastinya akan mengerakkan dan merubah sebahagian besar kehidupan masyarakat di kawasan tersebut.

Dengan rasa rendah-hati, saya mohon seluruh warga Santubong di atas nama masadepan dan segala harapan rakyat Santubong sendiri. Kuasa yang menentukan kerajaann yang akan menerajui Negara dalamempoh lima tahun yang akan datang kini terletak dalam tangan Tuan-tuan dan Puan-puan.

Saya juga mohon kerjasama dari semua warga Parlimen Santubong agar memberi mandat yang besar kepada BN pada PRU-13 agar agenda-agenda yang telah dirancangkan dapat di realisasikan.

Salam Takzim, 
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Calon Barisan Nasional (BN)
P193 Santubong

(Posting ini disedian pada 02hb Mei 2012)
 -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List