Tuesday, 14 May 2013

PENDAKWAAN KUMPULAN PENGGANAS SULU MENCEROBOHI LAHAD DATU BERMULA!

-JIKA SABIT DENGAN KESALAHAN; MELANCARKAN PEPERANGAN TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG, HUKUMAN MATI ATAU PENJARA SEUMUR HIDUP YANG BAKAL DITERIMA OLEH LAPAN SASPEK LELAKI TERMASUK ANAK SAUDARA KIRAM III IAITU DATU AMIR BAHAR HUSHIN KIRAM MANAKALA, SATU-SATUNYA SASPEK WANITA KUMPULAN TERSEBUT YANG TERTANGKAP BERHADAPAN HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP ATAUPUN DENDA! AMACAM, TAK BERBALOI KAN? KEKEKE!!!-

Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amir Bahar Hushin Kiram adalah di antara sembilan individu termasuk seorang wanita yang didakwa atas tuduhan menganggotai kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong di Mahkamah Tinggi yang bersidang secara tertutup di Penjara Tawau di Tawau, Sabah siang tadi.

Menurut laporan myMetro, lelaki berusia 49 tahun yang juga anak saudara kepada Jamalul Kiram III dituduh mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan dan Seksyen 130KA akta sama di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi P Ravintran. 

Dalam perbicaraan sama, seorang tertuduh wanita, Norhaida Ibhahi turut didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana melindungi sekumpulan individu dipercayai anggota kumpulan pengganas. 

Lapan lagi individu lain didakwa bersama Datu Amir Bahar adalah Rijmal Salleh, Saidili Jaharul, Dani Ismail, Pabblo Alie, Mohammad Ali Ahmad, Basil Samiul, Rizman Gulan dan Abdul Majil Jubin.

Sabit kesalahan, semua mereka bakal berdepan hukuman mati atau penjara seumur kecuali Norhaida menghadapi hukuman penjara seumur hidup dan denda.

Namun, dalam perbicaraan itu, tiada pengakuan direkodkan terhadap semua tertuduh. 

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan bersambung semula pada 7 Jun depan. 

Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ketika ditemui di luar mahkamah berkata, masih ramai lagi individu yang akan didakwa selain pihak kedutaan Filipina akan melantik peguam mewakili semua tertuduh. 

"Pihak pendakwaan mungkin akan memohon kepada mahkamah supaya memindahkan semua perbicaraan berkaitan kes pencerobohan ini ke Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu. 

"Malah, kita juga sedang berusaha untuk mengadakan perbicaraan secara bersama untuk kedua pertuduhan (Seksyen 121 dan Seksyen 130KA Kanun Keseksaan) tetapi beberapa perkara masih perlu diambil kira," katanya. 

Setakat ini, seramai 30 individu didakwa berhubung insiden pencerobohan pengganas bersenjata di Lahad Datu termasuk melindungi dan merekrut kumpulan pengganas.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List