-SUMBANGAN SARAWAK DALAM KEJAYAAN BARISAN NASIONAL (BN) MEMBENTUK KERAJAAN SELEPAS PRU-13 MEMANG TIDAK DAPAT DIPERTIKAIKAN & PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK DIRASAKAN AMAT WAJAR UNTUK BERBUAT DEMIKIAN-
Seluruh rakyat negeri Sarawak, sebagai negeri yang menyumbang kerusi terbanyak kepada kemenangan BN dalam PRU-13 yang lepas semestinya mahu melihat lebih ramai Ahli Parlimen dari negeri ini diberi jawatan dalam kabinet persekutuan.
Bukannya membangkit ataupun bersikap"demanding" tetapi perlantikan barisan Menteri dan Timbalan Menteri dalam kabinet persekutuan ditentukan oleh budi bicara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan semolek-moleknya, kemampuan BN Sarawak memenangi 25 daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di negeri ini dalam PRU-13 seharusnya dihargai.
Rakyat Sarawak, terutamanya dari kawasan Bumiputera telah menyumbang besar kepada kejayaan BN Sarawak serta sokongan yang mereka telah berikan kepada BN langsung tidak berbelah-bahagi berdasarkan kemenangan 100 peratus di semua kawasan Bumiputera.
Sarawak yang terus kekal sebagai kubu kuat atau fixed-deposit" sewajarnya diberi kedudukan dalam kabinet setimpal dengan sumbangannya kepada kejayaan BN dan tidaklah begitu keterlaluan jika dikatakan rakyat negeri ini menaruh harapan tinggi dan berharap kerajaan pusat mengiktiraf sumbangan mereka.
Pengiktirafan, menerusi perlantikan lebih ramai Ahli Parlimen Sarawak dalam kabinet menteri ke atas sokongan yang telah diberikan rakyat Sarawak khususnya Bumiputera dalam PRU-13 dirasakan amatlah begitu wajar untuk dipertimbangkan oleh pimpinan pusat dan Perdana Menteri.
Selepas PRU-12 tahun 2008, Sarawak hanya diberi dua jawatan Menteri penuh; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin (SUPP) dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas (PBB) meskipun BN Sarawak telah menyumbang 30 kerusi Parlimen kepada BN.
Kerusi Parlimen BN Sarawak adalah; P.192 Mas Gading, P.193 Santubong, P.194 Petra Jaya, P.197 Kota Samarahan, P.198 Mambong, P.199 Serian, P.200 Batang Sadong, P.201 Batang Lupar, P.202 Sri Aman, P.203 Lubok Antu, P.204 Betong, P.205 Saratok, P.206 Tanjung Manis, P.207 Igan, P.209 Julau, P.210 Kanowit, P.213 Mukah, P.214 Selangau, P.215 Kapit, P.216 Hulu Rajang, P.217 Bintulu, P.218 Sibuti, P.220 Baram, P.221 Limbang dan P.222 Lawas.
Walauapapun, sepertimana diperkatakan pada tajuk posting ini ianya hanya harapan kami Rakyat Sarawak kerana semuanya ini terpulang kepada budi-bicara Perdana Menteri dan kerajaan persekutuan untuk mempertimbangkannya.
-UnReportedNews™®
dalam keadaan umno/bn yang kononnya bercelaru dalam pru 13 ini....
ReplyDeleteumno/bn masih boleh menang dengan keputusan 60% itu tidak boleh disangkal....
bagaimana teruk pun prestasi bn/umno tapi masih boleh berkuasa....
itulah kuasa melayu yang mutlak....
tidak dapat dikalahkan walaupun pada hakikatnya melayu sudah pecah 3 dan orang cina semua bersatu hati sokong dap dan pakatan rakyat....
ini sudah terbukti dari tahun 1957 lagi.....
oleh itu sekarang orang melayu yang sokong pakatan masuk lah barisan dan menyokong umno/bn kerana tidak ada gunanya menyokong pembangkang....
anda tidak akan menang....