Wednesday, 8 May 2013

ANWAR TERSUNGKUR LAGI!

-HMMM .. SEPERTI YANG TELAH KITA DUGA, UNTUK KE PUTRAJAYA DENGAN MENGGUNAKAN PLAN A- IAITU UNTUK "MENANG DALAM PILIHANRAYA" ADALAH SATU PERKARA YANG AGAK MUSTAHIL TAPI TAK APA, KITA ADA PLAN B! JENG! JENG! JENG! !KEKEKE!!!-

Kita faham bertapa kecewanya hati Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dia di ibaratkan "tersungkur" jatuh sekali lagi dek tak kecapaian impiannya yang sudah lama terpendam iaitu nak menjadi Perdana Menteri selepas PRU13 baru-baru ini namun beliau dinasihatkan supaya berbanyak beristifar dan berselawat, kerana perlakuan terkininya dikatakan persis seakan orang yang "kurang normal" dan dah mula pandai merapu.

Masakan tidak, Anwar bagaikan "meroyan" sangat nak menjadi Perdana Menteri Malaysia sehinggakan dia boleh "berilusi" yang kononnya kemenangan PRU-13 sebenarnya telah dimiliki oleh Pakatan Rakyat bukannya Barisan Nasional (BN) kerana "keyakinan"nya terhadap perjalanan pilihan raya kali ini telah “dicuri” daripada rakyat melalui proses penipuan.

"Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. SAYA DAH MENANG. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan hanya membuat pertimbangan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13," dakwa Anwar yang dipetik dari temubualnya bersama Malaysiakini semalam.

“Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada," kata Anwar yang berpakaian serba hitam kerana "berkabung" ke atas "kecurian" kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU-13 yang DIYAKINInya telah berlaku memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang dikunjunginya dan dia juga dapat merasakan bahawa RAKYAT KECEWA dengan keputusan PRU-13 tersebut.


Menyatakan kesedihannya dengan keputusan pilihan raya serta memberi gambaran bertapa kecewanya rakyat berdasarkan kehadiran orangramai di ceramahnya di seluruh negara dan  mereka tidak boleh terima proses ini, kata Anwar dan mendakwa, penipuan dah begitu berleluasa serta ianya mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan dan PKR mungkin terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi.

Anwar begitu YAKIN yang calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin TIDAK MUNGKIN KALAH kerana faktor "orang yang hadir (dalam ceramah) bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M tapi kerana memberi sokongan dengan penuh perasaan" dan mendakwa Lajim tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu dia juga YAKIN terdapat isu kesahihan dan bukti penipuan yang jelas dalam keputusan PRU-13 dibeberapa kawasan dan mereka (Pakatan Rakyat) tidak akan menerima keputusan ini dan akan BERBUAT SESUATU!

Agak-agak bagaimana tahap "keyakinan" Anwar Ibrahim terhadap dakwaannya itu ye? 

Apakah "keyakinan" Anwar terhadap dakwaannya terdapat unsur-unsur penipuan pada PRU-13 sama seperti mana dengan  "keyakinan"nya yang ekonomi Malaysia pasti akan hancur-lebur jika negara ini tidak segera meminjam dari IMF sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri satu ketika dulu? Apakah keyakinan Anwar terhadap dakwaannya sepertimana ketika beliau dengan begitu "yakin" mengumumkan akan membentuk kerajaan dalam masa yang terdekat berikutan sejumlah besar Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang akan "melompat masuk" ke dalam Pakatan ada tanggal 16hb September beberapa tahun yang lalu? Apakah "keyakinan" Anwar seperti mana janji beliau dengan penduduk Kampung Buah Pala dimana beliau "yakin" kampung itu akan kekal jika Pakatan memerintah Pulau Pinang?

Sehinggalah kegawatan ekonomi dunia pulih pada penghujung tahun 1990-an, ekonomi Malaysia tetap bertahan TANPA meminjam dari IMF. Sehingga kini, sudah beberapa kali tarikh 16hb September telah berlalu, TIADA pula Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak "melompat masuk" Pakatan beramai-ramai. Pulau Pinang telah pun dikuasai Pakatan sejak PRU-12, tapi malang betul nasib Kampung Buah Pala kerana ia tetap HILANG dari peta negeri itu! Tipu, auta dan kelentong, itulah istilah "keyakinan" dalam kamus Anwar.

Bagaimana hendak mempercayai seseorang yang terlalu banyak sejarah "keyakinan"nya yang mana satu pun dari "keyakinan"nya tak pernah menjadi-menjadi? Siapa dia Anwar nak mengarah kerajaan dan rakyat Malaysia supaya mengadakan PRU sekali lagi dek rasa "keyakinan"nya atau "agak-agak"nya saja? Mengarutlah!

Mengenai KEYAKINANnya Lajim akan menang kerana faktor kehadiran orangramai, mengapa calon PAS di Parlimen Kota Samarahan, Sarawak, yang ceramahnya bukan saja didatangi oleh ribuan orangramai malah oleh Anwar sendiri juga yang berucap boleh dikalahkan dengan majoriti 17,401 undi? Penulis juga berada diceramah tersebut malah bertepuk tangan dan bersorak lagi tapi ianya tidak bermakna memberi sokongan dan memberi undi kan?

Gerakgeri Anwar amat mudah dibaca. Sebenarnya bukan RAKYAT KECEWA tapi Anwar yang begitu kecewa kerana tidak tercapai hasratnya untuk duduk di kerusi Perdana Menteri yang telah begitu lama diidaminya. Bukan rakyat yang sebenarnya tidak dapat menerima kenyataan Pakatan akan kegagalan menewaskan BN dalam PRU-13 untuk menubuhkan kerajaan baru pimpinan Pakatan tapi hakikatnya, ANWAR SENDIRI TERAMAT KECEWA.

Dakwaannya yang Pakatan sebenarnya sudah memenangi PRU-13 namun kononnya dinafikan oleh "beberapa" penipuan sungguh tidak berasas sama sekali dan hanya berniat satu untuk BERBUAT SESUATU iaitu menyemarakkan perasaan ketidakpuasan hati rakyat, khususnya penyokong-penyokong Pakatan terhadap kerajaan Malaysia dan ada berkemungkinan besar, akan menggerakkan satu lagi demonstrasi secara besar-besaran semuanya kerana atas alasan KEYAKINANnya terhadap ada unsur-unsur penipuan dalam PRU-13. Habis, yang 89 kerusi Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat tu bagaimana pula, dari penipuan juga ke?

Keputusan PRU-13 baru-baru ini merupakan satu mesej yang amat jelas dari rakyat khususnya buat  Anwar yang mereka tidak dapat menerima seorang pemimpin sepertinya, jadi mengapa pula Anwar yang "terhegeh-hegeh" mendakwa yang kononnya rakyat pula yang tidak berpuashati dengan keputusan tersebut?

Anwar sepatutnya menunjukkan "kejantanan" dengan menerima kegagalan (untuk menjadi Perdana Menteri) dengan redha sebagaimana sepatutnya diperlakukan seorang "pemimpin terulung", sepertimana beliau telah digembar-gemburkan oleh penyokong-penyokongnya namun sebaliknya, Anwar bersikap seakan seorang kanak-kanak yang mereka-rekakan sesuatu perkara apabila kemahuannya tidak dituruti atau dipenuhi yang bertujuan untuk dijadikan alasan mencetus perasaan amarah serta mengajak penyokong-penyokong untuk mengadakan demostrasi jalanan, itu pun hanya gara-gara dek KEYAKINANNYA terhadap sesuatu yang tidak pasti dan tiada asas sama sekali!

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Buang masa je nak buat protes. Ko Anwar pegi lah cari Cina Doll tu balik dan berehatah lama2 cikit. Duit pun dah banyak masuk. Sebulan boleh lah keluar negara 4 atau 5 kali. Lepas tu sesekali muncul kat Parlimen jadi kepala barua DAP. Tak gitu.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List