Saturday, 30 March 2013

PERWIRA BUMI KENYALANG SELAMAT KEMBALI DARI TUGASAN LAHAD DATU

-PASUKAN YANG TERDIRI DARI ANGGOTA-ANGGOTA BERPENGALAMAN DALAM BIDANG RISIKAN & PERTEMPURAN BERSENJATAPI DENGAN PENJENAYAH JUGA TERBABIT DENGAN BEBERAPA INSIDEN BERBALAS TEMBAKAN DENGAN PENGGANAS SULU SEWAKTU BERTUGAS DI LAHAD DATU!-

Salah satu daripada pasukan polis dari Sarawak yang telah terawal sekali digegaskan ke Lahad Datu, Sabah sejak bermulanya insiden pencerobohan tersebut pada bulan lepas telah selamat kembali ke kampung halaman sendiri sebentar tadi.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) lebih kurang jam 6 petang tadi disambut dalam satu suasana yang gembira dan penuh kesyukuran oleh ahli-ahli keluaraga dan beberapa orang pegawai PDRM.

Difahamkan kumpulan yang terdiri seramai lapan orang anggota tersebut yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Turus D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Sarawak DSP Sarifuddin Mustafa telah dipilih secara khusus untuk memperkasakan kekuatan PDRM yang sedia ada di sana semenjak tercetusnya insiden berkenaan.

Sepanjang bertugas di Lahad Datu, pasukan yang terdiri dari anggota-anggota yang rata-rata mempunyai pengalaman dalam bidang risikan mahupun pertempuran senjataapi dengan penjenayah turut juga terbabit dalam beberapa insiden berbalas tembakan dengan kumpulan pengganas Sulu.

Disamping dipertanggungjawabkan untuk mengawal keadaan dibarisan hadapan dan tugasan-tugasan rutin yang lain dalam kawasan Zone Merah (Zone Bahaya), pasukan keselamatan dari Sarawak telah beberapa kali turut diarah menjadi pasukan mengiring untuk menjaga keselamatan kumpulan forensik dalam operasi mengeluarkan mayat-mayat pengganas Sulu.

Secara kebetulan, tepat sebulan yang lepas (28hb Feburari 2013) mereka telah digegaskan ke Sabah dan hari (30hb Mac 2013) mereka telah kembali dengan selamatnya. Walauapapun, Syukur Alhamdullillah serta sekalung tahniah diucapkan buat pasukan tersebut kerana telah melaksanakan tanggungjawab mereka mempertahankan kedaulatan negara kita.

Sesungguhnya anggota-anggota pasukan keselamatan inilah diantara mereka yang mengharumkan dan mencatat nama Sarawak dalam sejarah insiden pencerobohan Lahad Datu yang setakat ini telah merekodkan seramai 68 militan yang berjaya dibunuh, 121 individu ditahan [Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)] dan 443 orang (pelbagai kesalahan lain).

Salah seorang dari anggota pasukan keselamatan tersebut adalah rakan lama aku dan juga sumber utama aku untuk mendapatkan info-info terkini berkenaan dengan insiden Lahad Datu.

Apabila aku bertanyakan kepadanya apakah perkara yang pertama sekali yang dia akan buat sebaik sahaja balik di Kuching, dia menyatakan dia akan terus memeluk anak-anaknya untuk melepas kerinduan kerana pada malam dia dan pasukannya berlepas di Lahad Datu sebulan yang lalu, anak-anaknya sudah tidur.

Walaupun demikian, rakan aku mengakui dia merasa amat berat untuk meninggalkan Lahad Datu yang telah menjadi rumahnya selama sebulan yang telah mencoretkan pelbagai kenangan dan pengalaman yang mungkin tak dapat dilupakan sepanjang hayatnya terutamanya mengenangkan rakan-rakan seperjuangan yang telah terkorban menentang pengganas Sulu.

Mendoakankan agar segalanya di Lahad Datu akan berakhir dengan selamat dan masa yang terdekat, rakan aku juga meluahkan perasaan yang dia merasakan dirinya "belum puas" berkhidmat di Lahad Datu. Syabas sahabatku kerana mempunyai semangat yang sayangkan negara yang begitu kental!

Sejak bermulanya insiden juga, seramai 10 anggota keselamatan terdiri daripada dua tentera turut terkorban dan lapan anggota polis, termasuk Mendiang Ketua cawangan khas Semporna Asisten Superitendan Michael Padel dalam satu kejadian serang hendap oleh sekumpulan pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna lebih kurang jam 7 malam pada 2hb Mac 2013 lepas.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List