Friday, 8 March 2013

LIWAT TETAP LIWAT!!!

-BIARPUN BAPA KANDUNGNYA SENDIRI BERDIRI KINI DISEBELAH GELANGGANG ANWAR IBRAHIM YANG TIDAK LAMA LAGI AKAN DIPERDENGARKAN SEMULA KES TUDUHAN MELIWAT, MANGSA LIWAT SAIFUL BUKHARI AZLAN AKAN TERUS BERDOA, ISTIQAMAH & SABAR SERTA MENERUSKAN DAKWAAN SAYA , KETERANGAN MAHKAMAH & SUMPAH LAKNAT SAYA-

Ini adalah kenyataan Media Saudara Saiful Bukhari Azlan.

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.

2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah lima tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.

5. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.

6. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun. 

7. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa. 

8. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

9. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini. 

10. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan. 

Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar

8 Mar 2013

Mohon maaf Saudara Saiful kerana apa yang akan aku tulis ini mungkin kurang enak didengar maklumlah apabila ianya melibatkan keluarga kita tapi demi perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan menghalang manusia durjana agar dia tidak diberi peluang dan ruang untuk terus memporak perandakan negara ini, aku menulis secara tanpa terus tanpa kengkangan.

Perubahan dari segi pendirian yang begitu ketara oleh Azlan Mohd Lazim, bapa kepada mangsa liwat Saiful Bukhari yang membuat "konar 180 darjah" dengan meminta maaf dengan DS Anwar Ibrahim, lelaki yang disyaki telah memasukkan *****nya ke ***** ***** anaknya sendiri pasti ada sebabnya.

Permohonan maaf Azlan yang kononnya baru menyedari anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab turut mendakwa seorang pegawai perdana menteri turut terlibat dalam "menfitnah" Anwar Ibrahim terlalu "obvious" bagaikan "ditanam" oleh sesorang di bibir Azlan untuk "dikokokkan!".

Semua perubahan drastik ini membayangkan dia juga bagaikan telah "diliwat" Anwar Ibrahim dari "segi mental" atau dalam ertikata lain, tindakan Azlan menyebelahi orang yang dituduh meliwat anaknya sendiri seumpama berada didalam bilik tersebut dan hanya "melihat" anaknya sedang diliwat!

Berikut adalah kenyataan Saiful Bukhari yang (aku petik dari sumber) memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalau selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga. 

Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim. 

Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim seperti berikut:

“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Rakyat pasti peristiwa peguamcara II Mohd Yusuf yang juga dibayar oleh Anwar Ibrahim kembali lagi demi untuk memertabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.Dalam keadaan bapa Saiful Azlan Mohd Lazim mengalami masalah Johari Bendul berjaya menangkapnya dan diberikan 'sesuatu' dengan hanya mengaku bahawa Liwat adalah konspirasi sahaja....selesai masalah.

Semalam Ng Lum Yong juga mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim mengarahkan SUARAM membayar kepada pemberontak Sulu supaya membuat kekecohan demi untuk menggugatkan ketenteraman awam.

Rakyat perlu tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan rakyat meminta jika benar itu adalah konspirasi Azlan Mohd Lazim dicabar bersumpah sambil menjunjung Al-Quran sepertimana yang anaknya Saiful Azlan lakukan. 

Demi duit apa pun boleh jadi sanggup gadaikan maruah keluarga sendiri.Saiful Bukhari ketika dihubungi mengatakan bahawa bapanya Azlan Mohd lazim telah dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar Ibrahim yang sentiasa berkeliaran.

Azlan mengaku bahawa bapanya sebelum ini bergaduh dengan keluarga sehingga keluar dari mulut Azlan, aku akan musnahkan "UMNO dan kau sekali" dan beliau terus keluar.Saiful Bukhari akan memberi tindakbalas.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List