Wednesday, 27 February 2013

SEBAB UTAMA "NICKY" AZIZ & "HAID" AWANG MERASA "GERUN" PADA BR1M!

-APAKAH "SANG PENCIPTA FATWA" SI NICKY AZIZ  & "MALAYSIAN PM WANNABE" SI HAID AWANG BERANGGAP MEREKA ADA "KUASA TOTAL" ISLAM MENGATASI SEMUA, HINGGA MELABELKAN BAIK PIHAK MEMBERI (KERAJAAN BN) & PENERIMA (RAKYAT MALAYSIA) BR1M ADALAH "HAIWAN BODOH"! (GABUNGAN KATA-KATA HINAAN DARI NICKY (HAIWAN) & HAID AWANG (BODOH) BARU-BARU INI  NAMUN KEDUA "KELDAI TUNGGANGAN" BERKENAAN TIDAK PULAK MENGELUARKAN "FATWA ATAU DALIL" ATAS STATUS WANG RM100 (DARI BR1M 2.0) AHLI PAS DISARAN DISERAHKAN KEPADA PARTI MEREKA? ADA JUGAK SPESIS "BINATANG-BINATANG HIPOKRIT" SEBEGITU YER? KEKEKE!!!-

Takse make gandum pulak ari ni, aku bagi make pitih kan!
Kemerosotan jelas atas sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini secara tidak langsung telah disumbangkan oleh sikap pemimpin-pemimpin tertingi mereka sendiri yang bagaikan alpa serta terlalu cenderungan mempraktikan budaya politik yang amat melampau.

Tidaklah keterlaluan jika dikatakan, sepanjang satu penggal atau hampir lima tahun ini setelah secara "tidak sengaja" menawan empat buah negeri; Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor pada PRU ke 12 pada tahun 2008 dulu, fokus Pakatan nyata lebih tertumpu sepenuhnya kepada saja.

Sebaliknya, selama memerintah, Pakatan, khususnya pemimpin-pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti Pakatan;PKR, PAS dan DAP bagaikan langsung tiada sebarang initiatif dan komitmen mahupun apa jua usaha biar pun sebesar hama untuk menunaikan segala janji-janji yang mereka umpankan kepada rakyat dalam kempen PRU ke 12 pada tahun 2008 dulu.

Pada hakikatnya, Pakatan sebenarnya berjaya berkuasa setelah "menipu" rakyat-rakyat dari keempat negeri-negeri berkenaan dengan satu senarai panjang berupakan pelbagai janji mahupun dasar yang semuanya "manis-manis dan menarik belaka".

Tidak mustahil juga, yang Pakatan sejak dari awal-awal dulu telahpun ada nawaitu tidak akan mampu menunaikan segala yang telah mereka janjikan kepada rakyat jelata kerana janji tersebut hanya sekadar "bohong sunat" dan sedar mereka tiada berkemampuan dan agak mustahil untuk memperkotakan janji-janji yang telah mereka umpankan dulu, baik menerusi "manifesto" atau "Kitab" Jingga Pakatan Rakyat.

Sedar atau tidak, akibat tindakan yang diambil Pakatan yang bagaikan terkena "syndrom lupa daratan" (yelah, kali pertama dapat menguasai beberapa buah negeri) setelah kejayaan mereka "menipu rakyat secara profesional", ianya telah mula memakan diri mereka.

Punca utama yang menyebabkan kemerosotannya sokongan rakyat kepada BN dalam PRU 2008 bukanlah kerana "kelemahan atau kesilapan BN" namun ianya disebabkan ramai pengundi-pengundi telah terpedaya dengan "kata-kata manis" pembangkang, terutamanya oleh Ketua Umum Pakatan DS Anwar Ibrahim yang bagaikan menjanjikan bukan saja bintang dan bulan, berkemugkinan, syurga pun mungkin beliau tawarkan pada ketikaitu.

Namun setelah berkuasa, segala janji-janji Pakatan tidak mereka tepati bak kata pujangga, "habuk pun tarak!" sehinggalah empat tahun berlalu bertemu sekali lagi di ambang PRU ke 13 dan dalam tempoh yang sama, BN sebaliknya telah meningkatkan prestasinya dengan pelbagai transformasi yang dijalankan.

In termasuk usaha murni kerajaan BN pimpinan Datuk Seri najib Tun Razak untuk menyatupadukan rakyat dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia dan secara langsung mencerminkan keikhlasan BN dengan menepati segala janji yang diberi tanpa melupakan keutamaan membangunkan negara!

Semua orang bodoh, aku je pandai, tulah boleh jadi bakal PM!
Situasi ini amat merisaukan Pakatan sebenarnya yang menyedari mereka kini semakin lama semakin tersepit dek ketidakikhlasan mereka dalam menunaikan tanggungjawab dan harapan rakyat yang memilih mereka menjadi kerajaan dalam negeri-negeri taklukan mereka.

Satu satu aspek utama yang telah menyumbangkan lagi kemudaratan Pakatan dan memyebabkan sokongan rakyat terhadapnya semakin hari semakin merundum secara drastik adalah kerana sikap "taking for granted" mereka terhadap rakyat yang telah mengundi mereka dulu dan tidak mengambilkira segala harapan yang telah dsandarkan rakyat kepada mereka dalam PRU yang lepas.

Situasi "buruk" yang dialami Pakatan kini bertabah melarat dan lebih kronik lagi dengan siri-siri program pemberian BR1M 2.0 baru-baru ini iatu Program Kesinambungan BR1M 1 pada tahun lepas yang diperkenalkan oleh Naib dan BN, malah BR1M merangkumi individu-individu bujang tidak seperti BR1M 1 yang hanya mengfokuskan kepada ketua keluarga.

BR1M 2,0 seumpama menambahkan bahana & nestapa Pakatan kerana sesungguhnya mereka sedar rakyat kini sudah serik & muak dengan mereka akibat penipuan-penipuan mereka dulu. 

Rakyat Malaysia semenangnya adalah dari kalangan masyarakat bijak yang belajar dari "kesilapan" silam dan seandainya Pakatan berpendapat serta berniat untuk menipu rakyat dengan muslihat sama yang mereka pergunakan pada kempen-kempen PRU yang lepas, ianya bagaikan satu penghinaan kepada semua pengundi kerana terlalu memandang rendah terhadap kewarasan dan tahap intelektual mereka, secara umumnya.

Dan InsyaAllah dengan keizinanNYA, tiada sebarang "trick ataupun apa jua tipu-muslihat" didalam dunia ini waimapun jika direkacipta sendiri oleh Raja Penipu si Abu Nawas sekali pun, Pakatan tidak akan berupaya untuk menipu rakyat Malaysia buat kali yang kedua dengan menggunakan "tipu-muslihat yang sama"!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List