Wednesday 27 February 2013

Bloggers Anak Sarawak™® MENGUKIR NAMA DIPESADA MAYA BUMI KENYALANG & MALAYSIA

-SELAIN MENZAHIRKAN UCAPAN TERIMAKASIH, TERIMAKASIH & TERIMAKASIH YANG TAK TERHINGGA TERHADAP SOKONGAN DARI SEMUA RAKAN TAULAN, SAHABAT-HANDAI & TEMAN-TEMAN YANG TELAH MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN INI, KAMi Bloggers Anak Sarawak™® AKAN MENGIATKAN USAHA KAMI MENYAMPAIKAN BERITA-BERITA POLITIK SEMASA MALAYSIA DENGAN LEBIH TEPAT BERFAKTA DISAMPING MENEPIS TOHMAHAN-TOHMAHAN PEMBANGKANG TERHADAP KERAJAAN BN-


Ucapan syabas buat semua ahli-ahli team Bloggers Anak Sarawak™® diatas pencapaian yang begitu membanggakan dengan menguasai sepenuhnya 12 posisi terbaik dan teratas dalam Carta Terkini Ranking Blog-blog politik Sarawak (yang telah dikemaskini pada 1pm 27hb Februari 2013).

Melanau Blogger™ (1), UnReportedNews™® (2), Wira Kenyalang™ (3), Keadilan X Sarawak™ (7), Sarawak Kolok Mee™ (8), Asap-Koyan 2U (11) dan kuchingitam (12).  Namun pencapaian yang begitu significant sekali adalah ketiga-tiga ahli terbaru team Bloggers Anak Sarawak™®Keadilan X Sarawak™, Sarawak Kolok Mee™ dan Asap-Koyan 2U kerana telah membuktikan yang sememangnya mereka amat berbakat dalam berblogging dalam  dunia maya malah mempunyai potensi untuk berkembang lebih jauh lagi.

Penghargaan yang tak terkira juga harus dikreditkan kepada terhadap entiti terpenting buat Bloggers Anak Sarawak™® iaitu rakan-rakan seperjuangan, khususnya rakan-rakan FB, sahabat handai dan taulan sekalian yang selama ini telah banyak memberi sokongan pada kepada Bloggers Anak Sarawak™® sehingga membolehkan kami untuk berada diposisi-posisi berkenaan. 

Tanpa sokongan dari kalian semua, Bloggers Anak Sarawak™®, yang baru ditubuhkan kurang dari empat bulan lalu tidak mungkin akan dapat mencapai kejayaan sebaik ini. 

Harapan kami Bloggers Anak Sarawak™®, adalah semoga kalian semua terus sudi memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada kami, khususnya dalam arena perjuangan maya, hanya untuk satu matlamat iaitu mempertahan dan mengekalkan kerajaan yang diyakini kita bersama agar kesinambungannya menerajui negara ini berterusan. 

Tidak dilupa juga ucapan terimakasih yang tak terhingga buat rakan baik Bloggers Anak Sarawak™® iaitu Blogger Pengumpul Blog diatas inisiatifnya untuk menyediakan laporan ranking ini.

Artikel berkaitan:

Pencapaian Bloggers Anak Sarawak™® di peringkat Nasional

-UnReportedNews™®

1 comment:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List