Sunday, 10 February 2013

PETANDA-PETANDA AWAL PULAU PINANG KEMBALI DALAM GENGGAMAN BN!

-SEJUK JE MATA MEMANDANG RIBUAN PANJI-PANJI 1MALAYSIA BN BERKIBAR DIATAS MUKABUMI PULAU PINANG SETELAH "LAMA TIDAK KELIHATAN" DALAM PERSIAPAN MENYAMBUT KEDATANGAN PM DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK SEMPENA MENGHADIRI SAMBUTAN PERSEMBAHAN TAHUN BARU CINA 2013 DI PULAU MUTIARA & INI SUDAH TENTU MEMBUATKAN SI APEK TUA GUAN ENG TU SAKIT MATA & HATI MELIHATNYA! KEKEKE!!!-

Pulau Pinang kini bagaikan sudah "ditawan" oleh ribuan "panji-panji" BN 1Malaysia yang berkibar-kibar sejauh mata memandang dalam persiapan untuk  menyambut kehadiran PM Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka akan tiba petang di pulau berkenaan sempena sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan tahun ini.

Dalam persiapan untuk program tersebut, dikhabarkan sebanyak 15,000 ribu bendera BN yang bercorak baru, walaupun ianya masih dalam warna tradisinya; biru bendera berkenaan  mempunyai logo 1Malaysia, synpnim dengan Najib berada tepat ditengah-tengahnya dan panji-panji ini dikibarkan disekitar kawasan Parlimen P49 Tanjong dengan megahnya.

Menurut rakan blogger Matkilau Penang, inilah kali pertama beliau melihat bendera baru BN yang berlogokan 1Malaysia sedemikian dipamirkan secara umum dan menbuat andaian ianya mungin "satu transformasi" yang dibawa oleh PM.




Photo: Matkilau Penang
Sebelum ini, banner yang menpunyai wajah Najib sebagai persiapan awal program yang sama telah diturunkan atas arahan kerajaan rejim DAP Pulau Pinang dengan tanpa alasan yang munasabah walaupun secara umunya tahu, DAP terlalu dengki dengan program sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN, lebih-lebih lagi bila mengetahui bintang terkenal Korea; Psy @ Oppa Gangnam akan menyerikan acara tersebut.

Mungkinkah bendera baru BN yang berlogokan 1Malaysia akan juga menerima nasib yang sama seperti banner yang mepnyai wajah Najib kerana terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa pihak DAP telah mengeluarkan arahan supaya mana-mana bendera BN harus di turunkan.

Kalau ianya terjadi, biarlah rakyat sendiri nanti boleh menilai samaada "busuk ataupun tidak" hatiperut rejim DAP ini kerana sanggup "merosak & mensabotajkan" Hari Kebesaran yang disambut oleh hampir semua ahli-ahli partinya sendiri.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. baguslah ada ubah sikit bendera tu..ini asyik pakai bendera sama je, boring dah rakyat

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List