Sunday 17 February 2013

PASUKAN KESELAMATAN MALAYSIA SEDIA BERTINDAK DI LAHAD DATU!

-JIKA PERLU, POLIS & TENTERA MALAYSIA SEDIA MENGGEMPUR KUMPULAN TERSEBUT YANG DIKATAKAN DIKETUAI OLEH PUTERA MAHKOTA RAJAH MUDAH AGBIMUDDIN KIRA IAITU ABANG KEPADA SULTAN JAMALUL KIRAM III-

Pasukan keselamatan Malaysia bersedia untuk bergerak ke Tanduo, sebuah perkampungan tepi pantai pada bila-bila masa.

MStar melaporkan pihak polis, tentera dan pasukan keselamatan maritim sedang menunggu untuk mengusir lebih 100 lelaki bersenjata Filipina yang berkurung dalam kampung tersebut antara Felda Sahabat 17.

Menurut media Filipina, kumpulan itu diketuai oleh Putera Mahkota Rajah Mudah Agbimuddin Kira abang, Sultan Jamalul Kiram III.

Kumpulan lelaki bersenjata telah memberitahu media bahawa mereka akan kekal di pantai timur Sabah, kerana mendakwa ia adalah rumah nenek moyang mereka.

Pemimpin Rajah Muda juga telah dilaporkan berkata kumpulan itu akan terus berada di situ dan tidak mempunyai niat untuk meninggalkannya sehingga tuntutan dipenuhi.

Sumber NavyTheBest pula melaporkan mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah oleh sekumpulan warga asing bersenjata yang dilaporkan membuat dua tuntutan daripada kerajaan Malaysia iaitu:

a. Kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

b. Menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah.

PDRM kini sedang dalam proses mengusir pulang ke negara asal kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo. Pesuruhjaya Polis Sabah mengesahkan PDRM sudah menamatkan rundingan dengan kumpulan itu dan kini memberi tumpuan untuk mengusir mereka pulang ke negara asal mereka. Pihak keselamatan akan cuba sebaik mungkin menyelesaikan masalah itu melalui perundingan tanpa pertumpahan darah.

Kerajaan tidak akan melayan apa-apa tuntutan mereka kerana ini bukan platform yang betul untuk menyuarakan apa-apa yang mereka mahu. Justeru kumpulan ini akan dihantar balik secepat mungkin supaya mereka boleh mencari saluran yang sesuai untuk menyuarakan tuntutan mereka. Sumber risikan menunjukkan kumpulan itu bukan kumpulan militan atau pengganas tetapi penyokong Kesultanan Sulu.

Usaha memujuk kumpulan bersenjata tersebut supaya meninggalkan kawasan itu sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan. Sepanjang operasi tersebut, pihak ATM membantu dari segi operasi pemantauan ke atas kumpulan tersebut disamping bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku. Admin berharap semua krisis ini akan dapat diselesaikan dengan cara yang baik oleh pasukan keselamatan demi kepentingan dan keselamatan rakyat dan negara.

-UnReportedNews™®

2 comments:

  1. Kita perlu ingat kumpulan ini bukanlah saja-saja nak buat kacau....kalau kita membaca sejarah orang Islam di selatan Filipina mereka adalah sebahagian daripada pejuang yang terus menerus mempertahankan hak mereka daripada kezaliman kerajaan Kristian Filipina yang telah berjuang ratusan tahun dari zaman kehadiran Sepanyol Kristian yang zalim berjihad menentang Islam...perjuangan mereka adalah perjuangan yang terpanjang di dunia sejak abad ke 14 lagi...saya bersimpati dengan bangsa Moro yang dilupakan oleh rakan seagama...kepada rakan-rakan PAS apa pendapat anda yang selama ini melaung-laungkan Islam....

    ReplyDelete
  2. PAS jauh dr sifat pejuang. PAS adalah pelacor agama. Jgn tanya mereka soal ini krn mereka akan selewengkan dan kaitkan dgn politik dan kutuk Krjn. Harapan kita Krjn berhikmah dlm menghadapi saudara Islam kita dr Sulu ini. Apapun jgn sehingga jadi pertumpahan darah mahupun berlaku penerobohan berterusan. Rakyat akan sangsi dgn kedaulatan negara jika terus menerus berlaku pencerobohan.

    Apapun inilah cabaran menjadi ketua negara-PM DS Najib yang 'diserang' disegenap penjuru oleh macam2 isu..semoga Allah SWT permudahkan urusan kerajaan Malaysia!

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List