Saturday, 16 February 2013

PAS & DAP TAKKAN BERSATU!

-BAGAIMANA NAK BERSATU? MASAALAH MELIBATKAN KEDUA-DUA PARTI TERSEBUT TIDAK PERNAH MENDAPAT JALAN PENYELESAIAN TERUTAMANYA DALAM MENERIMA PERSEFAHAMAN IDEOLOGI MASING-MASING! PENAT-PENAT LE KARPAL SINGH & NIK AJIS BERLAKON "MEREKA MESRA" SEWAKTU BESSDAY NIKKY TEROMPAH ARI TU! KEKEKE!!!-

Karpal: Happy Bessday Nikky!
DAP dan PAS merupakan 2 parti politik yang tidak mungkin dapat bersatu dalam meneruskan kerjasama bagi tempoh jangka panjang.

Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz di petik oleh KL Pos sebagai berkata, masalah melibatkan kedua-dua parti tersebut tidak pernah mendapat jalan penyelesaian terutamanya dalam menerima persefahaman ideologi masing-masing.

"Bagaimana mereka boleh bekerja sama apabila mereka menghadapi masalah setiap hari.

"Ia adalah jelas hubungan mereka gagal, tetapi mereka masih berkeras untuk bersama di bawah satu bumbung," katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Gerakan Sahabat Sayangi Malaysia (GASSM) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Sepang .

Turut hadir ialah Penyelaras Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamad, dan Pengerusi GASSM Dahalan Mar Sono.

Tunku Aziz menjelaskan, ancaman dari Pengerusi DAP Karpal Singh terhadap PAS dalam melaksanakan sebuah Negara Islam menggambarkan situasi sebenar hubungan dingin pimpinan kerjasama politik kedua-dua pimpinan tersebut.

"Bagaimana DAP boleh mengikut perjuangan PAS untuk Hudud adakah ini falsafah mereka (PAS)," katanya.

Katanya, isu hudud bukan saja DAP dan PAS tetapi kdua-dua parti juga tidak bersetuju untuk mengangkat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

"Ia adalah satu wayang kulit dalam pakatan, mana-mana pihak belum memutuskan siapa akan menjadi Perdana Menteri.

"Inilah sebabnya mengapa mereka berlumba-lumba untuk ke Putrajaya dimana setiap ideologi mereka tidak serupa, PAS dan DAP bermain permainan berbahaya kerana mereka berjuang atas nama agama ini satu pekara yang serius," jelasnya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya berfikir untuk mengundi supaya tidak mengikut hati mereka apabila mengundi pada Pilihan Raya Umum ke13 akan datang.

-UnReportedNews™®.



No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List