Saturday 16 February 2013

HENTILAH CITA-CITA NAK JADI PM TU ANWAR!

-MAJLIS SYURA PAS SUDAH MEMBUAT KEPUTUSAN TIDAK MAHU ANWAR MENJADI PM BERDASARKAN KECENDERUNGAN ANWAR IBRAHIM YANG SEAKAN MEMBERI SOKONGAN BAGI ISU-ISU BERTENTANGAN DENGAN ISLAM SEPERTI ISU KALIMAH ALLAH, PLURALISME & LGBT! SUDAH-SUDAHLAH TU BANG ANU .. SEPERTI YANG MAT SALEH CAKAP, "NO HOPE ANY MORE!" KEKEKE!!!-


Seorang bekas sekutu Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa beliau menghentikan cita-cita menjadi Perdana Menteri, sambil berkata penolakan Majlis syura PAS beliau untuk memegang jawatan itu penting dan mempunyai maksud.

Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di petik oleh MStar Online berkata adalah jelas Anwar tidak lagi mempunyai sokongan daripada golongan ulama dalam PAS.

Zahrain
Katanya, beliau kini mempunyai maklumat bahawa terdapat golongan tertentu dalam DAP membuat perjanjian dengan PAS untuk tidak menyokong Anwar bagi jawatan tersebut.
"Majlis syura membuat keputusan berdasarkan sokongan bagi isu-isu bertentangan Islam seperti isu kalimah Allah, pluralisme dan LGBT.

"Anwar kini sedang takut dan berharap untuk menyembunyikan hakikat bahawa dia tidak lagi mempunyai sokongan daripada pihaknya (pembangkang) sendiri, sekurang-kurangnya sehingga Parlimen dibubarkan," katanya dalam satu sidang akhbar, Jumaat.

Zahrain yang merupakan bekas ketua PKR P.Pinang yang kini ahli Parlimen Bebas, mendakwa DAP telah bersetuju dengan PAS secara prinsip untuk menyokong sama ada veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah atau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum.

"Bagaimanapun, mereka (PAS dan DAP) cuba untuk menyembunyikannya sehingga pilihan raya tamat," dakwa Zahrain.

Majlis syura PAS baru-baru ini dilaporkan telah membuat keputusan untuk menolak Anwar sebagai calon perdana menteri.

Walau bagaimanapun, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Majlis Syura tidak membuat apa-apa keputusan.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List