Thursday, 21 February 2013

MASYAALLAH NIK AZIZ, MENGUCAPLAH!

-POK NIK HARUS INGAT, POLITIK-POLITIK JUGAK TAPI JANGAN NAK MERAIH POPULARITI DI KALANGAN PENGUNDI KAFIR, NABI MUHAMMAD SAW SANGGUP POK NIK PERLEKEHKAN!-

Nukilan Ahli Parlimen Kulim Zulkifli Noordin dalam blognya, Salam 2 all.

Rasulullah saw bersabda dalam satu hadis daripada Saidina Ali karamallah huwajhah, diriwayatkan oleh Al-Baihaqi iaitu:

"Nanti akan datang kepada manusia dalam waktu yang terdekat, suatu zaman dimana Islam tidak tinggal kecuali namanya sahaja, dan tidak tinggal pada Al Quran kecuali huruf dan tulisannnya sahaja. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk.

Ulama' mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada dibawah langit ini. Daripada mereka datangnya fitnah, dan kepada mereka kembalinya fitnah itu!".

Rasulullah saw telah memberikan kita suatu gambaran dimana akan datang nanti satu masa, satu zaman dimana manusia yang paling buruk akhlak, yang paling rosak perangainya, yang menjadi punca dan penyebar fitnah ialah ulama'! Merekalah yang menjadi punca fitnah dan kekeliruan umat manusia termasuk Islam. Dan mereka kelak nanti akan ditimpa fitnah yang sama!


Kata Datuk Nik Aziz, Muhammad Bin Abdullah (iaitu Rasulullah saw) semasa lahir serupa saperti Mat-Mat kampung lain sahaja

Semasa timbul isu kerajaan cauvinis biaDap Pulau Pinang berura-ura mahu membatalkan perarakan sambutan maulidurrosul peringkat negeri Pulau Pinang sekitar awal 2008, iaitu selepas PRU 12 yang menyaksikan Guaneng diangkat menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, umat Melayu-Islam bangkit menyatakan kemarahan dan bantahan mereka.

Isu itu mendapat liputan meluas media. Kemarahan umat Melayu-Islam terhadap sikap yang dilihat sebagai anti-Islam kaum cauvinis biaDap makin meluap-luap.

Dalam keadaan itu, Datuk Nik Aziz, selaku Mursyidul Am PAS, rakan sekongkol parti cauvinis DAP membuat suatu kenyataan pada 28 Mac 2008 (bersamaan dengan Jumaat 20 Rabi'ul Awal 1429 iaitu bulan sambutan Maulidurrosul) dalam satu kuliah di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan. Untuk lebih jelas, mike boleh klik sendiri rakaman kenyataan tersebut yang teman muat-turun diatas.

Secara verbatim, Datuk Nik Aziz menyatakan saperti berikut:

"Rasulullah adalah jawatan yang dilantik oleh ALLAH. ALLAH Ta'ala sendiri tengok, dalam ribu-ribu juta entah trillion manusia ni ada seorang atas dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah saw. Beliau telah dilantik jadi Nabi bila umor dia 40 tahun. Waktu dia beranak, jadi 40 tahun belum dia jadi Nabi ni dia beranak, bonda dia pun tak tahu anak dia akan jadi Nabi.

Jadi kita ni dok sambut maulid Nabi maulid Nabi ni kerja tak sudah!

Kalau Nabi Muhammad ni waktu dia beranak tu serupa Muhammad-Muhammad lain. Kampung kita ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu ada panggil Mat. Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Muhammad Bin Abdullah di tanah 'arab tu waktu dia beranak serupa je.

Yang jadi masalah yang jadi kita terikat rapat ni setelah 40 tahun kemudian, bila beliau menjadi Nabi dengan turunnya ayat "iqro' bismirobbikallazikholak" sampai 30 juzu', dalam masa 23 tahun Quran tu dibagi-bagi diagih-agih, tika tulah, sejak tu lah hubungkait kita dengan dia! " (na'uzubillah minzalik).

Datuk Nik Aziz memotong kek sempena menyambut hari lahirnya ke 82 dirumah Karpal Singh dihari kaum kristian memenuhi gereja di hari Ahad sewaktu perayaan Thaipusam oleh kaum hindu!



Ringkasnya kalau ikut kata Datuk Nik Aziz diatas, kita tidak perlu sambut Maulid Nabi! Kerana kelahiran Nabi Muhammad dengan Mat kampung kita sama sahaja sewaktu dia beranak! Malah ada puak yang lebih ekstrim menyatakan menyambut dan memperingati harijadi Nabi saw ini adalah suatu bida'ah, suatu amalan yang meniru kristian, na'zubillah minzalik!

Benarkah kelahiran Nabi Muhammad saw dengan Mat kampung kita tu sama sahaja? Jom kita perhatikan sirah kelahiran Rasulullah saw.

1. Betul-betul sebelum sebelum kelahiran Nabi saw, terjadi peristiwa tentera bergajah Abrahah daripada Yemen menyerang bumi Makkah untuk meruntuhkan Ka'bah. Tentera ini dimusnahkan saperti api memakan daun kering dan dikisahkan oleh ALLAH didalam Surah Al-Fiil. Tahun itu adalah tahun kelahiran Nabi saw, dan dipanggil Tahun Gajah;

2. Di pagi kelahiran Rasulullah saw, suatu bintang yang terang muncul menerangi alam sehingga diriwayatkan ianya saperti terang matahari diwaktu siang. Kemunculan bintang terang itu tercatat dalam kitab terdahulu sebagai tanda kelahiran Nabi akhir zaman yang mereka nanti-nantikan. Diriwayatkan bagaimana kaum Yahudi di Yathrib meraikan kemunculan bintang itu dengan menceritakan kepada penduduk Yathrib kaum Auz dan Khazraj bahawa itu tanda Nabi yang mereka tunggu sudah dilahirkan. Sebab itulah kaum Auz & Khazraj mudah menerima kenabian Rasulullah saw apabila Baginda membawa risalah Islam;

3. Diwaktu subuh kelahiran Nabi saw, empat belas lingkungan gerbang istana Kisra telah bergegar dan retak, api yang disembah oleh kaum majusi begitu lama terpadam dan gereja-gereja sekitar Bahirah Sawah telah runtuh setelah ia mendap kebumi.

4. Sewaktu Nabi mencapai umur sekitar 6 tahun, Baginda dibawa bapa saudaranya oleh Abu Tolib dalam misi perdagangan, dan sewaktu singgah di Buhara, seorang pendita Yahudi mengecam Raulullah dengan tanda-tanda kenabian ditubuh Rasulullah saw;

5. Antara tanda kenabian Rasulullah sejak bayi lagi ialah apabila keluarga Halimatussa'adiah yang menyusukan Nabi dapat melihat mukjizat Baginda dengan ternakan mereka yang kurus menjadi gemuk dan mengeluarkan susu yang banyak.

Sebenarnya kita boleh bariskan senarai yang panjang untuk membuktikan bahawa kelahiran Rasulullah saw sehinggalah Baginda mencapai umur 40 tahun tidak sama macam Mat-Mat kampung kita saperti kata Datuk Nik Aziz. Malah kelahiran Baginda penuh dengan rahmat dan keberkatan diiringi dengan mukjizat yang membuktikan tanda-tanda kenabian Baginda!

Ringkasnya, pada teman kenyataan Datuk Nik Aziz didalam videoklip diatas jelas telah menimbulkan fitnah keatas hari kelahiran Rasulullah saw. Fitnah kerana kelahiran Nabi saw disamatarafkan dengan kelahiran Mat-Mat kampung.

Sehingga ada pengikut yang taksub dan fanatik mengiyakan kenyataan tersebut, malah sehingga menyokong dan mempertahankan ura-ura tindakan kerajaan cauvinis rasis Pulau Pinang untuk melarang perarakan sambutan sempena memperingati hari kelahiran Nabi saw. Sambutan Mauliddur Rosul menerima bahana fitnah dari mulut seorang yang diangkat sebagai tok guru oleh partinya! Seorang yang ditabalkan sebagai ulama' oleh pengikutnya!

Lima tahun berlalu sejak kenyataan Datuk Nik Aziz tersebut. Tiba-tiba pada hari Ahad 27 Januari 2013 berlaku sesuatu yang kita tidak pernah terfikir akan berlaku!

Di hari Ahad, hari pengikut agama kristian memenuhi gereja, dihari kaum Hindu menyambut perayaan Taipusam, tiba-tiba Datuk Nik Aziz muncul dirumah Karpal Singh di Pulau Pinang. Dan dirumah pemimpin DAP yang disanggah oleh ahli Majlis Syuro PAS yang dipecat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai kafir harbi yang anti-Islam, pemimpin yang pernah membuat kenyataan dan masih berpegang kepada kenyataan "Islam over my dead body", Datuk Nik Aziz menyambut harijadinya yang ke 82.

Datuk Nik Aziz, yang lahir pada 10 Januari 1931, meraikan harijadinya dirumah seorang kafir yang tegar dan konsisten menentang penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hudud yang kononnya diperjuangkan (tetapi kini dilongkangkan) oleh parti Datuk Nik Aziz!

Pemimpin kafir yang menyelar keputusan Majlis Syuro PAS yang mana Datuk Nik Aziz menjadi mursyidnya dalam isu kalimah ALLAH; pemimpin harbi yang mendesak Presiden PAS supaya meminta Majlis Syuro PAS menarik balik "patwa" yang dibuat pada 13 Januari 2013 melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-muslim termasuk kaum kristian!.

Dirumah Karpal Singh itulah dipagi Ahad hari kaum kristian memenuhi gereja dihari sambutan Taipusam oleh kaum hindu Datuk Nik Aziz meraikan sambutan hari lahirnya yang ke 82!

Persoalannya ialah, apakah hadis yang disabdakan Rasulullah saw itu telah berlaku didepan mata kita? Apakah kata-kata Datuk Nik Aziz menyamatarafkan kelahiran Nabi saw dengan Mat-Mat kampung telah kembali semula kepada Datuk Nik Aziz apabila dia sendiri menyambut harijadinya dirumah seorang kafir harbi dihari gereja dipenuhi kaum kristian dalam keadaan kaum hindu sedang meraikan Taipusam!!!

Adakah fitnah keatas maulidurrosul telah kembali menjadi fitnah maulid Datuk Nik Aziz? Adakah ALLAH telah membayar tunai kepada Datuk Nik Aziz tak sampai lima tahun yop?

Na'uzubillah mkin zalik - moga ALLAH menjauhkan kita daripada fitnah hidup dan mati, fitnah alam barzakh, fitnah neraka jahanam, dan fitnah Dajjal Al-Masih!

Kepada Datuk Nik Aziz, cuba perhatikan dan hayati semula hadis riwayat Al-Baihaqi tersebut. Perhalusi hadis itu dengan 'ainul-iman, dan berdoalah semoga ALLAH memberikan petunjuk, hidayah dan kekuatan untuk bermuhasabah diri dikala umur yang sudah senja ini!

Kepada pengikut tegar yang taqsub dan fanatik, ingatlah bahawa tiada ulama' yang maksum, yang kebal dari kesalahan dan kesilapan. Jangan kita ulangi kesilapan umat dahulu yang tersesat dan disesatkan oleh rahib dan pendita mereka, sehingga akhirnya mereka menjadi kaum PBB - Pekak, Bisu & Buta kepada yang haq dan kebenaran!

Berhentilah "mempertuhankan" agamawan dan pemimpin mike yop! Kembalilah kepada Islam yang sebenar, berdasarkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw.

Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH terus memperkukohkan iman dan aqidah kita, dan memberikan kita anugerah istiqomah dalam iman! Ameen!

Zulkifli
Aamantu billah summastaqeem!

Adios amigos, grasias senorita!
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
08 Rabi'ul Akhir 1434
19 Februari 2013

P/s-kebetulan hari ini 19 Feb adalah hari ulangtahun kelahiran teman mengikut kalendar masihi (mengikut kalendar Islam teman lahir hari Isnin 14 Ramadhan 1381H). 

Semoga ALLAH menjauhkan teman daripada segala macam fitnah fiddunya wal akhirah, dan memelihara iman dan aqidah teman, serta memberikan kesihatan jiwa, minda dan tubuh badan yang sihat demi untuk perjuangan risalah tauhid dan syariat Islam ini insya ALLAH.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List