Friday, 15 February 2013

JANGAN JADIKAN MAKAM PAHLAWAN ISU POLITIK!

-KREATIFLAH SIKIT! BAGAIKAN TIADA PERKARA YANG LEBIH RELEVAN LAGI DI SARAWAK YANG HENDAK DIBANGKITKAN SEHINGGA PEMBANGKANG MEMPOLITIKKAN TEMPAT PERSEMADIAN TERSEBUT DENGAN MEMPERTIKAIKAN MENGAPA SESETENGAH BEKAS PAHLAWAN NEGARA TIDAK DISEMADIKAN DI SITU!-

Baru-baru ini ada beberapa suara pembangkang yang sumbang mengapa mempertikaikan mengapa jenazah seorang lagi perwira perang Mendiang ASP (B) Wilfred Gomez Malong yang meninggal dunia pada 2hb Februari tidak desemadikan di Makam Pahlawan sepertimana Mendiang Datuk Temenggung Kanang anak Langkau yang meninggal dunia pada 2hb Januari 2013 sebelum ini.

Pembangkang mempertikaikan sedangkan Mendiang Gomez, 64, yang juga merupakan penerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) sepertimana Mendiang Datuk Kanang dan seharusnya disemadi di Makam Pahlawan bukannya sebaliknya disemadikan di Perkuburan Anglikan Kampung Entinggan.

Isu mempergunakan Makam Pahlawan untuk tujuan politik bukanlah perkara baharu kerana kumpulan yang menggelar diri mereka Movement Of Change Sarawak (MOCS) juga pernah cuba mengheret tempat persemadian itu dalam agenda politik mereka.

MOCS merancang hendak meletakkan kalungan bunga di Makam Pahlawan Sarawak dalam rancangan hendak membuat demonstrasi ala Arab Spring tidak lama dahulu namun dikecam hebat oleh veteran-veteran Tentera Malaysia di Sarawak.

Monday
Tindakan menyeret nama baik Pahlawan Pahlawan Negara dan memutar-belitkan fakta demi populariti di peti undi bukanlah perkara baharu kerana motif utama golongan ini ialah untuk menipu rakyat kononnya kerajaan mengabaikan serta tidak menghargai jasa serta pengorbanan para perwira kemerdekaan Malaysia.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal veteran ATM Negeri Sarawak, Leftenan Kolonel Monday Juhid menegaskan Makam Pahlawan Sarawak merupakan suatu inisiatif untuk memberikan Perhormatan Negara kepada perwira-perwira tanahair berasal dari Sarawak yang gugur tetapi disemadikan tanpa penghormatan sewajarnya untuk Satria Negara.

Menjelaskan usaha itu dipelopori oleh Lt Kol (B) Robert Rizal Abdullah yang berasa sedih apabila mengetahui mengenai kubur seorang pengesan jejak berbangsa Iban yang terbiar di tepi sebatang jalan raya di Alor Setar, Kedah, Monday menambah, bermula dari titik itulah Robert Rizal telah menamakan misi itu Ops Ngerapuh dan dalam bahasa Iban, perkataan Ngerapuh bermaksud memindahkan jasad mereka yang meninggal dunia. 

Beliau berkata kesemua perajurit itu digali semula dari kubur asal di Alor Setar, Kedah (satu); Batu Gajah, Perak (dua); Kamunting, Perak (empat); Cheras, Kuala Lumpur (empat); Terendak, Melaka (lapan) dan Kranji, Singapura (dua).

Mendiang Lans Cpl Ungkok Jugam telah digali semula dari Perkuburan Kristian di Alor Star, Kedah, Prebet Jaweng Jugah dan Prebet Unggat Ujom dari perkuburan Batu Gajah, Ipoh, Perak, Prebet Utang Engan, Prebet Bulan Kasau, Prebet Kelambu Gadong dan Prebet Rejab Bagi dari Perkuburan Jalan Cheras, Kuala Lumpur, Prebet Ungap Utut, Prebet Nyambik Pasang, Prebet Kumpang Tinggi dan Prebet Letan Kusing dari perkuburan Kristian Jalan Kamunting, Taiping, Perak, Prebet Manit Cheling, Prebet Entap Tulu, Prebet Nyantau Juna, Prebet Mat Akit, Prebet Adrian Tandang, Prebet Empati Dugu dan Border Scout Utot Tangang dari perkubutan Tentera di Terendak, Melaka sementara Prebet Janggak Inkoi and Prebet Dempi Berain digali dari Perkuburan Tentera Keranji, Singapura.

Mendiang Datuk Kanang
Mengulas lanjut mengapa ada anggota selain kes Ops Ngerapuh, Monday berkata Pahlawan Negara Datuk Kanang Anak Langkau dikebumikan di Makam Pahlawan atas permintaan khas Kerajaan Persekutuan dan bukannya bermotifkan politik atau layanan istimewa atas sebab kekeluargaan dan sebagainya.

Monday berkata bekas Pegawai Waran 1 Batalion kelapan Renjer Diraja ini merupakan satu-satunya anggota tentera Malaysia yang menjadi penerima dua pingat keberanian iaitu Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB).

Bintang Kehormat SP merupakan pingat paling tinggi kedudukannya dalam senarai anugerah Persekutuan. Ia dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan keberanian luar biasa, gagah beranis serta penuh pengorbanan. Pingat ini dizahirkan pada 29 Jul 1960 dan diwartakan pada 11 Ogos 1960. Ia berbentuk Bulan Sabit serta diterapkan keatasnya kata-kata "GAGAH PERKASA.

Semenjak ia diwartakan, terdapat 26 individu yang menerima pingat tertinggi negara ini. 13 daripadanya adalah dari PDRM (13), ATM (11), seorang kakitangan penjara dan seorang lagi Pegawai Bank Bumiputera yang terbunuh di Hong Kong.

Uniknya, hanya Kanang seorang mempunyai kedua-dua pingat SP dan PGB yang masih hidup selepas memerangi pengganas komunis di mana beliau hampir kehilangan nyawa dalam salah satu pertempuran.

Mendiang Wilfred Gomez
Kanang juga memainkan peranan penting dalam usaha membawa balik sisa rangka 21 penjejak Iban, yang ditanam di beberapa tempat di semenanjung selepas terkorban dalam perang menentang komunis pada 1960an, kembali ke Sarawak di mana mereka dikebumikan semula di tanah perkuburan Pahlawan.

Monday juga menegaskan pihaknya banyak menerima permohonan daripada veteran serta anggota-anggota tentera yang pernah menerima pingat keberanian untuk dikebumikan di Makam Pahlawan namun terpaksa ditolak.

Kami menerangkan dengan baik kepada mereka mengapa Makam Pahlawan tidak mampu menampung jasad pahlawan-pahlawan yang lain kerana tujuan asalnya ialah memberikan penghormatan terakhir kepada perwira yang gugur dan tidak menerima penghormatan sewajarnya. 

"Kanang pula suatu kes luarbiasa yang melibatkan satu-satunya penerima Pingat SP dan PGB yang masih hidup yang berstatus Pahlawan Negara," terang Monday.

Monday kesal pihak pembangkang sengaja memperbesar-besarkan isu Makam Pahlawan demi agenda politik sedangkan ketika usaha untuk membawa balik tentera-tentera Sarawak yang gugur di perbatasan dahulu kumpulan ini sunyi sepi dan tidak pernah menyumbangkan sebarang tenaga. 

Artikel berkaitan:




-UnReportedNews™® 

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List