Thursday, 3 January 2013

DATUK TEMENGGUNG KANANG ANAK LANGKAU, PERGINYA SEORANG PERWIRA

-PESANAN TERAKHIR MENDIANG KANANG KEPADA UnReportedNews™®, "KEAMANAN NEGARA ADALAH AGENDA YANG PALING UTAMA, JANGAN SUKA MENGAMBIL JALAN PINTAS KE ATAS APA-APA TUGAS KERANA IANYA PASTI TIDAK AKAN SEMPURNA & YANG PENTING SEKALI, TIADA KEPUASAN HATI AKAN TUGAS YANG TELAH KAMU LAKUKAN." .. TERIMAKASIH DATUK TEMENGGUNG KANANG, KERANA PENGORBANANMU TELAH MEMBERI KEAMANAN YANG DKECAPI OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA KINI .. R.I.P.-
Pahlawan Malaysia dan Ikon Sarawak Mendiang Datuk Temenggung Kanang anak Langkau akan menerima penghormatan pengkebumian penuh seorang Wira Nasional pada hari Ahad ini (Januari 06hb, 2013).
 
UnReportedNews™® difahamkan Kerajaan Negeri Sarawak telah memutuskan mayat Mendiang Kanang di kebumikan di Makam Perwira di Jalan Tun Abang Haji Openg berdekatan Bandaraya ini dan dijangka pengkebumian ini akan di hadiri oleh Yang Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Mendiang Kanang menghembuskan nafas beliau tepat pada pukul 1:45 pagi semalam di SGH dan sebelum itu beliau dikatakan sedang menonton televisyen di rumahnya di Kampung Sungai Apong sebelum mengadu sakit dada sekitar pukul 12 tengah malam dan kemudian dikejarkan ke SGH.
 
Mendiang, bekas Pegawai Waran Pertama (R) di anugerahi dengan bintang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), Panglima Gagah Berani (PGB) dan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) adalah seorang wira Malaysia sebenar dan askar dari komuniti Dayak Iban di Sarawak.
 
Beliau telah berkhidmat di Royal Ranger Rejimen dan Sarjan Major Rejimen 8 Renjer Tentera Malaysia sebelum dianugerahkan dengan PGB dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SPGP) pingat dari Yang Di Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada Jun, 03hb 1981.
 
Dilahirkan di Julau, Sarawak pada tahun 1945, Kanang menyertai perkhidmatan (Sarawak Rangers) sebagai Iban Tracker pada April 21, 1962 dan telah diserap ke Rangers Malaysia apabila pengwujudan Malaysia diisytiharkan pada September 16hb, 1963 dan meninggalkan perkhidmatan selepas 21 tahun perkhidmatan sebagai Pegawai Waran Pertama.
 
Salah satu daripada kisah keberanian Mendiang Kanang yang paling terkenal adalah semasa konfrontasi dengan komunis di Tanah Hitam, Perak pada Februari 8hb, 1980 berikutan kematian seoran tentera Malaysia.
 
Unit Perisikan Platun 8 Batalion Royal Rangers yang di ketuai Mendiang di arah untuk mencari dan memusnahkan kumpulan komunis dan hanya selepas 11 hari (15:00 pada Febuari 19hb, 1980) mereka berjaya menjejaki musuh namun malangnya, mereka diserang hendap oleh komunis menunggu .
 
Mendiang terkena tiga tembakan yang saah satunya merobek bahagian perutnya sehingga terkeluar tali perut beliau, namun beliau masih gagah melaungkan laungan perjuangan, "Agi Idup Agi Ngelaban!" (Dalam Iban yang bermaksud "Selagi saya hidup, saya akan berjuang!") dan ini menaikkan semangat rakan pasukannya yang bertindak balas berjaya membunuh semua komunis itu.
 
Pada September 24,hb 2011 Mediang dianugerahkan dengan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang '(PGBK) dengan gelaran Datuk oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Hari Ulang Tahun Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak yang ke 90.
 
Penulis UnReportedNews™® agak rapat dengan Mendiang kerana beliau senang didampangi dan sering memberi nasihat.
 
Kali terakhir UnReportedNews™® bertemu Mendiang Kanang adalah pada Disember 22hb, 2012 dan pesanan terakhirnya kepada penulis adalah, "Keamanan negara adalah agenda yang paling utama, jangan suka mengambil jalan pintas kerana ianya pasti tidak akan sempurna & yang paling penting sekali, tiada kepuasan hati akan tugas yang telah kamu laku."
 
"R.I.P Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau, anak Iban Raja Berani, lenyau nuan nadai orang nganti."
 
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List