Monday 18 February 2013

ALA-ALA KOMINIS JE TAKTIK PAKATAN NI!!!

-JABATAN PENERANGAN KENA NAIKTARAFKAN SISTEM PENGELUAR KENYATAAN RASMI MEREKAAGAR TIDAK DI"GODAM" MAHUPUN SENANG-SENANG DIKELUARKAN OLEH "ORANG DALAM" TANPA PENGAWASAN JABATAN! KEKEKE!!!-


Jabatan Penerangan menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi Isnin, kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Laporan Bernama memetik beliau berkata penafian ini dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan - 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.' "Jabatan Penerangan Malaysia telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-dua sistem tersebut.

"Tindakan awal ini bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Ibrahim berkata satu siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dibuat oleh pihak jabatan disusuli dengan laporan polis.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List