Saturday 9 February 2013

ADUH ANWAR-ANWAR, KAU MENIPU LAGI?

-KANTOI! DONGENG DENDANGAN BLOG-BLOG PEMBANGKANG MENGGAMBARKAN DR HAROUN DIN PERGI BERJUMPA ANWAR IBRAHIM TIDAK TEPAT KERANA SI ANWAR LAH YANG SEBENARNYA MERANGKAK & MELUTUT BERJUMPA HAROUN DIN, HMM .. MENGAPA NAK MENGGAMBARKAN SEBALIKNYA YE? MUNGKIN PEMBACA-PEMBACA BERAGAMA ISLAM DAH DAPAT AGAK-AGAK APA YANG SEDANG BERLAKU KAN? PAKATAN SEBENARNYA SUDAH GOYANG DEK ISU KALIMAH ALLAH MAINAN CIPTAAN MEREKA SENDIRI! BETUL TAK? KEKEKE!!!-

Nampaknya tak habis habis lagi sandiwara murahan yang mahu dimainkan oleh spesis  mahluk paling bangsat Bapak Segala Pembohongan Negara ini, siapa lagi kalau bukan Anwar Bin Ibrahim…

Sejak kelmarin berita dibeberapa laman web dan portal menyiarkan kisah kunuuunnya Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din telah pergi menemui Anwar Ibrahim, tetapi tidak pula dinyatakan secara tepat dimanakah tempat pertemuan.

Cara cerita itu digarap, diadun, dan ditumis mahu menampakkan seolah-olah Anwar yang menerima kunjungan Haron Din. Tetapi cara penceritaan seolah-olah tergantung..., kerana tukang karut yang membawa cerita ini tidak berjaya merumuskan apakah tujuan kunjungan tersebut..!

Secara logik akal, kalau saya mahu bertemu, mahu berkunjung kerumah anda maka sudah pasti sayalah yang membawa hajat, ada tujuan...

Lihat print screen dibawah ini. Begitulah kantoinya tukang karut seorang penulis blog pro Pakatan yang kerjanya mencari makan dengan menulis mengikut skrip yang disediakan….

Anwar Ibrahim sudah terbukti seorang Tokoh Pembohongan paling unggul dalam negara ini. Setiap kali beliau membuka mulut, maka berbohonglah dia, itu sudah pasti.

Teringat kisah yang diceritakan oleh Mursyidul Am TIBAI, Zahid Md Arip kisahnya sewaktu nenda beliau iaitu Allahyarham Tun Ghaffar Baba masih hidup. Peristiwa berlaku tak lama selepas Anwar dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh.

Anwar telah menalipon Zahid minta diaturkan pertemuan dengan Tun Ghaffar bertujuan mahu  bermaaf-maafan, melupai segala sengketa, apatah lagi mereka sudah dimamah usia… Satu niat yang baik, memperelokkan siratulrahim sesama ummah.

Zahid memyambut baik cadangan tersebut dan memujuk Allahyarham nendanya Tun Ghaffar agar bersangka baik dan berlapang dada untuk menerima kunjungan Anwar itu. Maka setelah dipertimbangkan dan mengambil sikap keterbukaan, maka Tun Ghaffar pun bersetujulah untuk pertemuan tersebut. Tarikh dan waktu ditetapkan untuk acara itu…

Ditakdirkan Allah swt belum sempat pertemuan itu berlangsung, pada suatu petang sedang Zahid pergi membeli belah dibandar Kuala Lumpur, beliau telah bertembung dengan Haji Abdul Rahman Osman, ketika itu Rahman adalah Timbalan Presiden sebelum penggabungan Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia.

Seraya Rahman pun bertanya kepada Zahid “Jadikah Tun Ghaffar hendak datang bertemu dengan Anwar dan memohon maaf…? 

Zahid pun terkejut dan terus menjelaskan kepada Haji Rahman Osman bahawa Anwar yang menaliponnya mahu bertemu dengan Tun Ghaffar dan bermaaf-maafan bukan sebaliknya...

Lihatlah…! Hebatnya bakat berbohong Anwar yang sekaligus berjaya memperlihatkan wataknya itu seperti dewa dimana beliau disegani, disanjung, dan menggambarkan keadaan seolah-olah sesiapa sahaja akan tunduk hormat kepadanya.

Berbalik kepada kisah pertemuan yang berlangsung kelmarin….  Sebenarnya, Anwar yang pergi melutut dan menyembah Dr Haron Din. Itulah hakikat sebenarnya…!

Pertemuan pada malam 4hb Februari dirumah Dr Haron Din di Bangi. Anwar bergegas kesana untuk mintak nyawa dengan Timbalan Mursyidul Am itu.

Mesyuarat Majlis Syura menetapkan bahawa mereka tidak akan terima Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan Berjaya menawan Putrajaya. Majlis Syura berpendirian bahawa calon yang lebih layak adalah Presiden PAS sendiri, Haji Hadi Awang.

Demikianlah kisah yang sebenarnya berlaku....

Sumber: MIK

-UnReportedNews™®

2 comments:

  1. Eh! Semenjak bila pula Anwar berhenti berbohong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar berhenti berbohong bila dia dah mampus.....

      Tapi pembohongan dan penipuannya akan diteruskan oleh pencacai yang masih tak sedar-sedar diri...

      Delete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List