Wednesday, 2 January 2013

KONSPIRASI PEMBANGKANG MENGFITNAH PM & ISTERINYA SEDANG DIRANCANG?!

-LAPORAN EKSKLUSIF RAKAN BLOGGER TERKENAL MALAYSIA, PAPA GOMO YANG KINI BERADA DI INDONESIA DALAM MISINYA MENGUMPUL MAKLUMAT MENGENAI "SALURAN DANA ASING BUAT PKR" MENGGAMBARKAN BERTAPA TERDESAKNYA PEMBANGKANG INGIN MERAMPAS KUASA SEHINGGA SANGGUP BERKOMPROMI DENGAN NEGARA ASING .. "SEGALA BUKTI & FAKTA" AKAN DIHURAIKAN PADA MINGGU DEPAN, KATANYA LAGI .. KALO GOMO DAH CAKAP MACAM TU, AKU PERCAYE LER! KEKEKE!!!-
Satu persatu serangan dilancarkan oleh gerombolan pihak pembangkang dalam meneruskan agenda menfitnah Datin Seri Rosmah Mansor yang mana dikaitkan dengan Deepak Jaikishan seorang saudagar Karpet yang juga dalam masa yang sama seorang peniaga yang hampir BANGKRAP akibat hutang yang Gomo difahamkan mencecah 500 juta Ringgit Malaysia.

Sebelum ini sudah acap kali Gomo menjelaskan mengenai perihal Deepak yang cukup terkenal dengan cakap kosong dan juga lebih tepat lagi seorang penipu. Malah dalam rakaman sebelum ini juga jelas membuktikan Deepak akan menggunakan apa sahaja bagi menyelamatkan dirinya dalam menghadapi tuntutan hutang yang begitu banyak yang semestinya beliau tidak mampu untuk menjelaskan kepada pihak bank dalam masa terdekat.

Kelmarin dilaporkan Deepak menarik balik saman ke atas Ketua Wanita UMNO Selangor dalam urusan perniagaan sesama mereka. Dilaporkan Deepak menerima pampasan RM30 juta daripada penyelesaian tersebut yang sudah pastinya memberikan sedikit nafas lega buat Deepak.

Tetapi pihak pembangkang terus memainkan fitnah dan rekayasa jahat dalam pekara ini yang mana menyatakan DANA AWAM digunakan untuk membayar hutang Deepak.

Itulah strategi pihak pembangkang, bila tidak kena dengan serangan mereka maka dihalakan pula kepada sasaran yang lain bagi memastikan rakyat termakan dengan hasutan mereka dalam menfitnah pihak kerajaan dan individu tertentu sepertimana yang dialami Datin Sri Rosmah Mansor.

Gomo waktu ini sedang berada di Indonesia memerhatikan fitnah dan rekayasa jahat pembangkang ini setiap masa. Agak memalukan jika ada rakyat yang percaya dengan rekayasa mereka kerana hakikat yang sebenar adalah sebaliknya.

Pihak pembangkang setiap masa menyatakan itu dan ini pada pihak kerajaan namun apakah anda semua tahu darimana sumber "KEWANGAN" pihak Pembangkang selama ini terutama "PKR"?

Gomo sudah seminggu di Indonesia dan dijangkakan seminggu lagi baru pulang ke Tanah Air, dan sepanjang Gomo di Indonesia ini sudah berapa tempat Gomo kunjungi bagi mengumpul segala maklumat tentang "SALURAN DANA ASING BUAT PKR".

Cukup hebat rangkaian mereka dalam Strategis menjatuhkan kerajaan Malaysia yang sedia ada. PKR sanggup berkrompomi dengan pihak dari luar negara iaitu orang asing bagi memastikan kuasa yang ada waktu ini ditangan BN jatuh ke tangan mereka.

Bukan sahaja setakat DANA ASING yang masuk ke poket PKR melalui Indonesia malah Gomo juga telah melihat sendiri "BUKTI dan FAKTA" akan modus operandi PKR di Indonesia ini. Cukup licik dan Jijik apa yang mereka lakukan dan pastinya pekara ini akan Gomo bongkarkan agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuinya.

Ingatlah wahai rakyat Malaysia, pada Demo Bersih 3.0 yang lalu pihak PKR telah membawa masuk sekitar 45 orang warga Indonesia yang merupakan pakar "PENCETUS PROVOKASI" bagi memastikan pada Bersih 3.0 yang lalu Rusuhan akan berlaku.
 
Dan ingatlah wahai rakyat Malaysia pada Demo akan datang ini yang mana diwar warkan oleh pihak pembangkang pada tanggal 12 Januari ini berkemungkinan menjadi medan tempur antara rakyat yang buta hati dihasut pemimpin pembangkang dengan pihak keselamatan hasil dari Provokasi yang dicetuskan oleh 78 orang Ekstremis dari Indonesia dan Thailand.

Pembangkang sanggup melakukan apa sahaja demi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang sedia ada. Kita rakyat perlu tanya pada diri sendiri apakah Kerajaan yang ada hari ini perlu dijatuhkan dengan melalui Rusuhan Jalanan yang mana mencetuskan huru hara?

Apakah kerajaan Barisan Nasional hari ini dibawah pentadbiran Dato Sri Najib Razak kejam ataupun Zalim dengan menindas rakyat sepertimana negara negara luar yang lain?

Tanya dalam diri kita mengapa perlu Anwar Ibrahim dan kepimpinan Pakatan Pembangkang melakukan Demo jalanan dengan mencetuskan kekecohan sedangkan kita negara yang DEMOKRASI?

Segala maklumat yang Gomo perolehi dari Indonesia akan dikeluarkan apabila pulang ke Malaysia minggu hadapan. Diharapkan agar seluruh rakyat Malaysia dapat mengetahui kebenaran yang mana jika kita tidak menolak pihak pembangkang ini maka Malaysia ini akan hancur dek kerana campurtangan asing.

Sumber: Papa Gomo

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List