Wednesday 2 January 2013

KESESATAN AMANAT HADI SAMA FAHAMAN AL-ARQAM & KERAJAAN LANGIT AYAH PIN?!

-DI DUNIA NI BOLEHLAH BANG AJI ADI SPIN TAPI DI AKHIRAT NAK JAWAB MACAM MANER, TIADA APA ALASAN YANG DAPAT DIBERI PADA NYA APABILA MELIBATKAN PEMESONGAN AKIDAH DALAM AGAMA ISALAM LEBIH-LEBIH LAGI KERANA KEPENTINGAN PERIBADI KERANA SESUNGGUHNYA DIA YANG LEBIH MENGETAHUI SEGALA-GALANYA .. BERTAUBATLAH BANG AJI ADI .. APER YANG PAS SELALU LAUNG-LAUNG TU? TAKBIRRR!!!-
Amanat Haji Hadi bukan berunsur politik sebaliknya isu agama yang wajar diberikan perhatian seperti mana yang dilakukan ke atas beberapa pertubuhan haram yang membawa ajaran sesat. Kemunculan Amanat Haji Hadi ini hanyalah atas keinsafan bekas pemimpin PAS yang berani tampil memberikan penjelasan bagaimana Amanat Haji Hadi itu telah merosakkan akidah dan pegangan agama Islam mereka selama ini.
 
Ditanya kepada golongan dewasa dan belia hari ini, mereka tidak tahu akan Amanat Haji Hadi memandangkan ianya berlaku ketika masih kecil. Dan, kini setelah dibongkar dan diperjelaskan oleh bekas pemimpin PAS sendiri, ramai yang mengakui Amanat Haji Hadi itu membawa kepada perpecahan ummah.
 
Bagi mengatasi isu ini, empunya Amanat Haji Hadi ini wajar ditahan pihak berkuasa seperti mana yang dikenakan ke atas pengikut fahaman al-Arqam suatu ketika dahulu dan Ayah Pin yang membawa Kerajaan Langit. Tidak ada bezanya dengan Amanat Haji Hadi itu dengan ajaran sesat yang lain kerana membawa kemudaratan kepada rakyat Malaysia.
 
Apakah disebabkan Abdul Hadi Awang itu Presiden PAS maka beliau dibenarkan untuk mengetengahkan ajaran sesat di Malaysia? Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) wajar ambil langkah susulan yang relevan demi menghapuskan Amanat Haji Hadi yang ternyata memesongkan akidah umat Islam di Malaysia.
Keengganan Abdul Hadi Awang untuk memberikan penjelasan suatu lagi bukti kukuh untuk menahannya biarpun permintaannya untuk muncul di kaca TV dalam saluran RTM mahupun TV3 ditunaikan dengan beberapa syarat.
 
Abdul Hadi Awang sendiri yang telah menetapkan syarat untuk berdialog selama satu jam secara langsung menerusi televisyen dan tindakan tegas itu perlu kerana tidak mahu kesungguhan kerajaan dilihat sebagai mainan oleh PAS dalam isu Amanat Haji Hadi itu.
 
Kini terserah kepada Abdul Hadi Awang jika benar mahu memberikan penjelasan terima sahaja syarat-syarat yang diadakan Kerajaan.
 
Sumber: Wira Kenyalang™

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List