-MENGAPA HIMPUNAN #KL112 GAGAL? MEMANG PUN GAGAL KERANA YANG BERJAYA ADALAH BANG ANU & KUNCU-KUNCUNYA .. MEREKA BERJAYA ME"MONYET"KAN ORANG RAMAI!! BACA HURAIAN RAKAN BLOGGER BADUT RAKYAT NIH KALO TAK PERCAYA ! KEKEKE!!!-
Media-media pembangkang pantas melaporkan
‘kejayaan’ Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) sejurus himpunan tersebut
berlangsung. Nampaknya,tafsiran ‘kejayaan’ oleh pihak PR memang pelik
kerana selalunya sesuatu itu ditafsirkan sebagai berjaya jika ia menepati
sasaran. Sedangkan HKR yang dianjurkan mereka hanya mencapai 4.5% jumlah peserta
yang berjaya dikelentongkan, berbanding 1 juta yang disasarkan. Namun, himpunan
ini tetap diwar-warkan mereka sebagai ‘berjaya’. Mungkin mereka
menggunakan program yang sama sepertimana yang digunakan oleh DAP dalam
pemilihan CEC parti itu yang menggunakan matematik tidak logik sehingga
mendapati bahawa angka 45,000 adalah bersamaan dengan 1 juta. Perlu
diingatkan, bahawa sebelum himpunan berlangsung, puak-puak PR telah terlebih
dahulu mewar-warkan kononnya, terdapat 10,000 polis baru direkrut khas untuk
membuat kacau dan menyamar menjadi peserta. Jika ini benar, maka angka sebenar
jumlah peserta hanyalah 35,000. Bagaimanapun,media pro-PR terus mengkelentong
penyokong mereka dengan memaparkan gambar-gambar superimpose serta jarak dekat
yang memperlihatkan seolah-olah jumlah peserta begitu ramai. Ada juga yang cuba
bermain logik matematik dengan mengira ruang sekaki persegi berbanding kawasan
perhimpunan dan memberikan jumlah menghampiri 700,000 orang. Kiraan
ini, walaubagaimanapun tidak mengambil-kira keluasan dan kapasiti stadium.
Faktanya, kapasiti tempat duduk staduim hanyalah
25,000. Jika dicampur dengan yang berdiri termasuk di tengah padang yang seluas
50ribu kaki persegi, dibahagi dengan 2 kaki persegi keluasan yang diperlukan
untuk seorang individu bersaiz sederhana berdiri tegak, maka paling ramai
mungkin terdapat lebih kurang 10,000 – 15,000 lagi. Di luar stadium pula, hanya
satu bahagian sahaja yang menyaksikan peserta yang ramai dan dalam perimeter
beberapa puluh meter sahaja dari stadium, yang mana dianggarkan hanya mampu
mendapat kiraan dalam 5,000 – 10,000 orang sahaja. Justeru ,anggaran rasmi yang
dikeluarkan oleh pihak polis adalah lebih munasabah iaitu 45,000 orang. Daripada
jumlah ini, hanya terdapat lebih kurang 8% kaum Cina dan 2% kaum India yang
berjaya dikelentong. Selebihnya, semuanya adalah Melayu PAS dan PKR yang terpaksa
membawa lambang DAP dan sepanduk berbahasa Cina bagi mengkelentongkan diri
sendiri kononnya kaum Cina juga ramai yang ‘terkelentong’. Apa yang kurang jelas
dari himpunan ini ialah tujuan ia diadakan.
Kononnya, ia untuk menuntut PRU bersih, menuntut
professionalisme kakitangan awam, menuntut Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan
entah apa-apa lagi. Tetapi, entah kenapa pemilihan parti sendiri yang jelas kotor
dan tidak professional tidak pula menjadi isu dan entah bila pula DAP bersetuju
untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sedangkan kepala surat rasmi kerajaan
Selangor juga menyaksikan bahasa Mandarin diangkat
setaraf. Sebenarnya,pemimpin-pemimpin PR telah menjangkakan jumlah ini, kerana
itulah mereka memilih Stadium Merdeka yang jauh lebih kecil bagi mengelak ia
kelihatan kosong. Jika dibanding dengan perhimpunan ulang tahun UMNO baru-baru
ini yang menyaksikan 100,000 orang di Stadium Bukit Jalil, maka jumlah RAKYAT
yang menyertai HKR adalah jauh lebih rendah dari jumlah ahli
UMNO. Walaubagaimanapun,melihat dari komen-komen penyokong PR di media
sosial, nampaknya 100% daripada mereka telah benar-benar percaya dengan apa saja
dikelentongkan oleh pemimpin dan media mereka mengenai HKR ini. Oleh itu, jika
tujuan HKR ini adalah untuk kelentong, maka ia wajar dikatakan sebagai berjaya
dengan cemerlang sekali kerana walaupun hanya 4.5% dari penyokong PR yang turun
berdemonstrasi, tetapi habis satu Malaysia dan seluruh dunia berjaya dikelentong
oleh PR kononnya mereka ramai penyokong,sedangkan hakikatnya, untuk mendapat 10%
dari sasaran 1 juta pun tidak berjaya.
Sumber: Badut Rakyat
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®