Saturday, 10 November 2012

PERINGATAN KEPADA TEMAN & DIRI SENDIRI

-RISIKO SEBAGAI BLOGGER..BANYAK TU BABE!!! KEKEKE!!!-

Siang tadi aku menghadiri Program Kesedaran Undang-Undang Siber di anjurkan bersama oleh Kelab Penyokong Back-Benchers Barisan Nasional Sarawak, JASA, PDRM, SKMM dan pelbagai agensi.

Tersentak juga aku apabila dijelaskan akan "hukuman" yang menanti pengamal-pengamal media seandainya mereka melanggari undang-undang yang sedia ada.

Lagi-lagi ketika penjelasan yang di buat secara detail oleh penceramah yang terakhir iaitu oleh mantan Senator dan juga peguam Dato Idris Buang.

Selama, ini aku cuba menulis blog mengikuti garis panduan yang sedia ada dan sebab itulah aku menggunakan identiti aku sendiri tanpa nama samaran iaitu untuk mengelakkan daripada menulis sebarang artikel berbaur fitnah.

Aku ini menulis secara ikhlas untuk apa yang aku percayai dan yakin dan tiada sebab-sebab yang lain daripada itu. Imbuhan, sekiranya ada Alhamdullilah..kalau tiada pun, Alhamdullillah.

Bukannnya was-was atau apa cuma kekhuatiran, (fuhh..jauhi aku dari segala malapetaka) seandainyalah aku sendiri "terkena" masaalah undang-undang siber, ada tak pihak yang akan sudi menghulurkan bantuan untuk aku (dari segi guaman)?

Point yang ingin aku highlightkan di sini adalah peringatan kepada semua abang-abang bloggers semua dan diri aku sendiri, lebih-lebih lagi rakan-rakan seperjuangan yang pro-BN akan memahami undang-undang siber asas untuk menghindari diri dari melanggarinya.

Menulis ini memang sedap lagi-lagi apabila sudah ada "flow"nya tapi berwaspadalah sedikit agar jangan melewati batasannya...peace!!

-UnReportedNews™®

1 comment:

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List