Wednesday, 28 November 2012

DUA ADUN DAP KENA "BELASAH" TAIB

-KEPETAHAN BERBICARA SERTA PEMAHAMAN PEHIN SRI TAIB MENGENAI SEGALA PROSEDUR & POLISI KERAJAAN MEMBUAT KEDUA ADUN TERSEBUT TERPINGGA-PINGGA .. AMBIK KAW!! KEKEKE!!!-
Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada hari terakhir DUN Sarawak 2012 siang tadi menyifatkan Chong Cheng Jen (ADUN Kota Sentosa-DAP) sebagai seorang yang "jahil" kerana isu yang Chong minta perjelaskan nyata "tidak mencapai standard" yang boleh di bahas.
 
Terdahulu, semasa ucapan penggulungan Ketua Menteri, Chong cuba mencelah Taib yang juga merupakan Menteri Kewangan untuk menjelaskan dengan terperinci nama-nama agensi dan jabatan yang diperuntukkan peruntukan sebanyak RM1.8 bilion daripada bajet pembangunan seperti yang dinyatakan dalam Bajet Negeri 2013 yang diusul kepada Dewan sebelum ini.
 
Chong mendakwa bahawa jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh tidak lengkap dan memuaskan.
 
Taib, yang sebelum itu telah  memberi peluang untuk Chong mencelahnya untuk bertanya sebaliknya menasihati Chong untuk "belajar" dan memahami bagaimana prosedur kerajaan berfungsi sebelum bertanya dan bukannya hanya tahu "menembak dalam gelap".
 
"Anda (Chong) perlu faham bahawa ini adalah hanya anggaran bajet, kita masih belum menentukan agensi manakah yang akan diperuntukkan dengan wang (RM1.8 bilion) dan hanya pada fasa perancangan projek kita akan menentukan yang agensi atau jabatan yang akan diberikan peruntukan itu."
 
"Ini adalah prosedur kerajaan yang kita telah diamalkan selama ini sebelum anda menjadi seorang ADUN lagi," tegas Ketua Menteri dengan nada yang sinis serta tidak memberi Chong sebarang ruang lagi untuk mencelah dan meneruskan ucapan penggulungannya.

Sejurus kemudian, Wong King Wei (Padungan-DAP) yang juga cuba mencelah juga tidak lepas dari di "balun" dan di beri "pengajaran" oleh Taib.
 
Wong, yang juga telah diberi peluang oleh Ketua Menteri pada mulanya bertanya mengapa kerajaan tidak memilih pelancongan sebagai industri utama dan bukannya sumber tenaga.
 
"Itulah kamu, tidak pandai memahami cara membangunkan sesebuah negeri," kata Taib, dengan wajah yang bersahaja (tanpa memandang ke arah Wong) sebelum menasihati Wong (yang kelihatan terpingga-pingga) untuk memperlajari Pelan Pembangunan Negeri dan dengan selamba dia menyambung ucapannya.
 
Sebaik sahaja dewan di tangguh, Chong dan Wong bergegas ke bilik media untuk membuat sidang akhbar dalam Bahasa Cina (aku dipahamkan ianya berkenaan dengan insiden mereka di"balun" Ketua Menteri) namun malangnya hanya tiga orang wartawan "tegar" mereka yang sanggup mendengar "rintihan" mereka kerana yang selebihnya termasuk aku keluar dari bilik tersebut!!
 
Syabas Pehin Sri, kerana "memberi pengajaran" kepada dua orang ADUN DAP yang masih "legik" (Bahasa Melayu Sarawak bermaksud "mentah") yang nyata pada sesi DUN kali ini tidak dapat menyuarakan isu-isu atau masalah rakyat yang konkrit dan secara langsung ini membuktikan Barisan Nasional Sarawak telah melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List