Monday 6 August 2012

KHALID IBRAHIM SEBENARNYA "KURANG BIJAK"?

-BELUM SAMPAI EMPAT TAHUN SELANGOR DIBAWAH PEMERINTAHAN PAKATAN .. PELBAGAI MASALAH TIMBUL .. TU LAH DULU MENGATA-GATAKAN BN SANGAT .. SEKARANG APA DAH JADI? KEKEKE-


Inilah wajah paras rupa paling tak malu di Selangor, berani mengaku berhutang tetapi cuba menyalahkan pihak lain pula. 

Jika tak reti nak membayar hutang janganlah cakap yang bukan-bukan.

Hairan dengan sikap MB Selangor ni, simpan duit rakyat tu banyak-banyak buat apa.

Sepatutnya ianya dipergunakan duit tersebut untuk melunaskan hutang yang sedia ada dibuat kerajaan negeri Selangor, ini tidak dikumpul dana rakyat banyak-banyak untuk ditanyang kepada orang ramai kononnya Kerajaan Khalid gagap pandai simpan duit.

Pihak lain pun boleh buat sedemikian, simpan je dana tersebut jangan digunakan langsung buat apa pun untuk kesenangan rakyat, berlagak dan pandai cakap saja nak memajukan dan memberikan pendidikan percuma kononnya untuk rakyat Selangor.

Sebaliknya MB Selangor ni hanya pandai juga mengumpul hutang, dan hanya pandai jual semua aset Kerajaan Selangor dulu yang dah dikumpulkan demi kesenangan rakyat Selangor.

Lepas tu pandai gunakan dana rakyat Selangor yang dah dikumpul oleh MB Khalid gagap ni untuk kegunaan kroninya sebanyak RM500,000 demi menghidupkan politik busungnya.

MB akui Unisel tidak mampu bayar hutang JNSB-

KUALA SELANGOR 5 Ogos - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui bahawa Universiti Selangor (Unisel) menanggung hutang sejak sekian lama sehingga menjejaskan kemampuan universiti itu untuk membayar tunggakan kos penyelenggaraan dan operasi asrama kepada syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Beliau berkata walaupun pelajar membayar yuran pengajian, namun masih tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang itu kerana perjanjian menetapkan Unisel perlu membayar sewa penuh kepada JNSB walaupun ketika cuti dan penuntut tidak menetap di asrama.

"Kita nak jaga pelajar dan kerajaan sudah maklumkan kepada Unisel supaya menumpukan kepada operasi universiti dan jangan susahkan diri tentang bayaran itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Tadarus dan Tadabbur Perdana Peringkat Selangor di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar semalam bahawa Unisel berhutang hampir RM15 juta kepada JNSB, yang bertanggungjawab membangunkan dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya di sini.

Unisel didakwa tidak melunaskan yuran penyelenggaraan untuk 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan oleh JNSB bagi tempoh lapan bulan. – BERNAMA

Sumber: KL BOYZ CHANNEL


-UnReportedNews™®



No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List