-PORTAL PRO-PEMBANGKANG MALAYSIAKINI MELAPORKAN DAP DIKATAKAN
MENARIK DARI PAKATAN SELEPAS MESYUARAT TERGEMPAR YANG DIHADIRI OLEH SEMUA
BARISAN TERTINGGI PARTI-PARTI PEMBANGKANG KERANA MENOLAK HUKUM HUDUD .. APASAL
DAP? TAKUT KENA REJAM & SULA KER? KEKEKE-
Ini merupakan laporan yang disiarkan menerusi Laman
Portal Pro Pembangkang Malaysiakini yang memutuskan keluar dari barisan
kerjasama Pembangkang.
Mesyuarat Tergempar yang dihadiri kesemua barisan
tertinggi Pembangkang pada ketika itu memperlihatkan kekuatan pendirian DAP
dalam mempertahankan prinsip dan enggan
menerima Hukum Hudud dilaksanakan malah menolak penguatkuasaan mana2 Sistem
Perundangan Islam di Negara ini.
Apa yang pasti konsisten PAS diketuai Dato Fadzil Noor
yang mengepalai bermesyuarat pada 22 September 2001 bersama pimpinan Barisan
Alternatif (BA) menerusi tarikh pada artikel Malaysiakini di atas
memperlihatkan perbezaan ketara ideologi yang secara mudah diubah pada ketika
ini demi kuasa.
Sikap PAS yang tidak berpendirian tetap dalam
mempertahankan Sistem Perundangan Islam sebagai wadah perjuangan paling utama
ini jelas memperlihat ketidakikhlasan mereka dalam menambat hati rakyat apatah
lagi mengurus Negara.
Malah beberapa pihak dari pimpinan parti tersebut
termasuklah Dato Hasan Ali yang lahir sebagai pemimpin ulung pada era
kepimpinan Dato Fadzil Noor dicantas gara2 cuba mempertahankan prinsip Negara
Islam.
Nyata prinsip tersebut sekadar mainan politik semata2.
Jika 'Negara Islam' yang dipertahankan PAS pada 11 tahun
yang lalu mampu diubah atas nama 'Negara Kebajikan', yang hanya merupakan 1%
daripada Dokumen Penubuhan sebuah Negara Islam, apa pula pendirian PAS 11 tahun
akan datang?
PS : UMNO sejak 1957 tetap konsisten sehingga hari ini
memperjuangkan malah mempertahankan Hak Islam dan Melayu menerusi Parti dan
memperjuangkan hak rakyat bewarganegara dari kesemua bangsa menerusi kerjasama
komponen BN.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®