-RAKYAT DI NEGERI-NEGERI DIBAWAH PEMERINTAHAN PEMBANGKANG NYATA SUDAH MUAK DENGAN "JANJI-JANJI YANG TAK DI TEPATI" .. PADANLAH PEMBANGKANG "ALERGIC" SANGAT DENGAN TEMA KEMERDEKAAN TAHUN NI IAITU "JANJI DI TEPATI", RASA SALAH KOT? .. KEKEKE!-
Pakatan pembangkang gagal menunaikan lebih daripada 85
peratus janji kepada rakyat yang 'ditabur' mereka dalam manifesto Pilihan Raya
Umum Ke-12. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan
kajian yang dibuat,kerajaan negeri di bawah kepimpinan pakatan pembangkang
hanya berjaya menunaikan tidak lebih 15 peratus daripada keseluruhan janji yang
dibuat.
"Mereka sudah diberi peluang untuk memerintah negeri
tetapi tidak dapat melaksanakannya, macam mana kononnya mereka mahu diberi
peluang menuju ke Putrajaya?" katanya pada sidang akhbar selepas
merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat
di sini hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan
Mohamed dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Terbau, Datuk Abdul Halim
Suleiman. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan di bawah
kepimpinan Barisan Nasional (BN) sehingga kini sudah berjaya menunaikan lebih
daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak pilihanraya umum pertama 1959
ketika di bawah Parti Perikatan. Beliau mengakui terdapat kelemahan sebanyak 13
peratus dalam menunaikan janji yang dibuat dan tidak mustahil pekara itu akan
dibawa ke Pilihan Raya Umum Ke 13 tidak lama lagi dan meminta rakyat menilai
sendiri serta menolak parti yang disifatkan sebagai pembohong kerana tidak
menunaikan manifesto pilihan raya. Katanya, kerjasama tiga parti dalam pakatan
pembangkang adalah ibarat perkahwinan mutaah yang bersifat sementara kerana
mereka hanya memerlukan satu sama lain pada waktu pilihanraya dan hubungan
tersebut tidak bertahan lama disebabkan agenda masing-masing yang berbeza.
"Kita lihat seperti mana yang berlaku di Pulau
Pinang, DAP cuba menguasai lebih daripada dua pertiga kerusi di sana selain mahu
menjadi parti tunggal di negeri itu. Adalah lebih baik PKR dan PAS meninggalkan
DAP dan menjadi entiti berasingan kerana mereka tidak jujur dalam menterjemahkan
kesepakatan yang terjalin dan kaedah yang sama juga akan dilakukan jika mereka
menguasai Putrajaya," Katanya lagi.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®