Friday 13 July 2012

TEMBAKAN MAUT DI KEPALA

-SEORANG LELAKI YANG TIDAK DIKENALI TIBA-TIBA MUNCUL LEBIH KURANG 10 METER JAUH DARI MANGSA & MELEPASKAN TEMBAKAN-


Lelaki yang ditembak di kepala semalam, meninggal dunia pagi ini pada kira-kira 8:45 pagi di Hospital Umum Sarawak.

Ang Soon Hua, 31 yang beralamat  dari Jalan Stapok, Bt Kawa Kuching yang cedera selepas beliau ditembak  kira-kira jam 10:45 pagi semalam meninggal dunia pagi tadi.

Beliau telah diisytiharkan di dalam keadaan “koma-otak” apabila dia dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak semalam.

Ang telah dikatakan sedang menjamu makanan dan minuman bersama dua rakan lelaki dan seorang rakan wanita di sebuah kedai kopi di Taman Green Height apabila lelaki bersenjatakan senapang patah melepaskan tembakan secara dekat ke arah mereka yang mengenai tepat ke kepala Ang.

Seorang lelaki, Ho Leong Hee, 69, yang secara kebetulan lalu di sana ketika itu juga cedera di bahagian tangan dan perutnya setelah terkena tembakan dari peluru yang di percayai jenis penabur tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuching Roslan Bek Ahmad telah meminta orang ramai tidak membuat spekulasi dan berkata polis sedang menyiasat.

Adalah di percayai kejadian tersebut berkaitan dengan “peperangan-dalaman” di antara beberapa kongsi-gelap tempatan di bandaraya Kuching ini.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Saya percaya pihak polis dapat selesaikan kes ini untuk memberi keadilan kepada yang tak bersalah.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List