Monday, 23 July 2012

TAKTIK KOTOR PR DI SARAWAK!

-KAT LUNDU BAGI DUIT, KAT KUCHING PULA KUTIP DUIT, APA MAINAN DOUBLE STANDARD NI BANG ANU? KALO ADA BANYAK DUIT TAK PAYAH BUAT LAKONAN MINTAK KESIAN PULAK .. KEKEKE!-


Aku rasa peliklah, semasa Anwar Ibrahim dalam usaha nak meng”cover” kegagalan impak lawatan Azmin Ali di Kuching yang mendapat sambutan betul-betul “hambar” baru-baru ni, pihak PR yang menganjur “Ceramah Merdeka” di Satok, Kuching telah mengutip wang derma dari mereka yang hadir pada ceramah tersebut.

Siap dengan dinyatakan sekali dengan jumlah yang di kutip, “Harap maklum, kutipan wang derma kita pada malam ini adalah RM651,” kata MC majlis ceramah tu di akhir upacara. (saja le tu nak tunjuk “transparensi” kononnya lah!) Aku tak pertikaikan hak derma menderma ni tapi yang aku pertikai sekarang NIAT memintak derma tu.

Ye ler, mulanya aku ingat itu trend baru PR Sarawak yang terikut-ikut mainan PAS di Semenanjung yang nyata “mengambil kesempatan” kemurahan hati penyokong-penyokong fanatik mereka ketika tengah “syiok” mendengar  “dongeng merapu” yang di”dendang”kan penceramah-penceramah PAS atau PR pada setiap program yang mereka anjurkan.

Namun maklumat terkini yang aku baru dapat dua-tiga hari lepas dari “geng sekodeng” aku dari Lundu, di mana Anwar Ibrahim telah mengadakan ceramah di sebuah restaurant seafood di Lundu pada malam yang sama sebelum mengadakan ceramah di Satok semakin “memusykilkan” aku akan niat mereka mengadakan acara “kutipan derma” ni.

Janji dulu ye..orang Kuching yang telah “diperdayakan” untuk memberi derma di Satok malam tu tolong jangan marah ya? Kalo nak marah, marahkan Anwar Ibrahim.

Jeng-jeng-jeng…sumber-sumber aku di Lundu menyatakan pihak penganjur ceramah di Lundu telah “menderma” sejumlah wang kepada setiap mereka yang hadir pada majlis tersebut, siap dengan dijamukan makanan selepas tu. (Ini informasi dari kengkawan aku di Lundu).

Sebelum aku meneruskan cerita aku dengan panjang lebar lagi, aku nak tabik spring kepada semua penduduk Lundu, Sematan dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya kerana “kebijaksanaan” dan kematangan yang mereka tunjukkan pada malam tu.

Apa tak bijak, lepas dapat duit dan makan, mereka terus belah tanpa dengar ceramah Anwar Ibrahim...ternyata mereka muak dengan PR (ataupun tengok muka Anwar Ibrahim) dan ini menyebabkan Anwar Ibrahim memberi ceramah “ala-kadar” je di Lundu selama 20 minit sebelum dia sendiri cabut ke Kuching. (Aku dengar cerita Anwar marah betul malam tu..kekeke!)

Okay, point yang aku ingin “highlight”kan di sini adalah sikap “double-standard” yang di tunjukkan oleh PR terhadap rakyat. PR tak segan dan silu memberi wang kepada rakyat sebagai umpan kepada masyarakat Lundu untuk meraih sokongan (untuk makluman pembaca dari luar Sarawak, Lundu adalah salah satu dari kubu kuat Barisan Nasional yakni dalam Parlimen Kawasan Santubong).

Manakala walaupun Satok adalah kawasan DUN & Parlimen BN namun ianya berdekatan dengan kubu-kubu kuat DUN DAP iaitu Padungan, Kota Sentosa, Batu Lintang dan Batu Kawa jadi PR merasakan tak perlulah “menderma” nak mengumpan hadirin malah mereka boleh ‘menyembelih” hadirin di samping “melakonkan filem” yang kononnya PR tiada berwang dan memerlukan derma dari masyarakat untuk perjuangan mereka! 

Sedangkan program BR1M yang diperkenalkan oleh YAB PM Dato' Sri Najib Tun Razak telah di salurkan kepada setiap lapisan masyarakat yang betul-betul layak, tanpa mengira latar belakang politik mereka!


Pirahhhh, kantoi lah lu orang kekekeke!!


-UnReportedNews™®



No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List