-BUKAN PENYAKIT YANG SATU TU .. PENYAKIT
BERBOHONG-KELENTONG LAH! BARU-BARU NI BARU (KEKEKE!) MEMBERI GAMBARAN BEBERAPA
ORANG MP BN SARAWAK AKAN MENYERTAI PR (MACAM PERNAH KU DENGAR YA .. TAPI DI
MANA YA? .. OHH SI BANG ANU DULU!) KEKEKE!-
Dedahkan nama jika benar ada
wakil rakyat BN yang akan menyertai parti-parti pembangkang.
Itu cabaran oleh Ketua
Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof yang
ditujukan kepada Ketua PKR Sarawak Baru Bian yang mendakwa demikian.
Sambil membayangkan itu satu
penipuan PKR, Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
ketika dihubungi semalam berkata:“Berulang lagi siri drama 16 September bila
mana mereka mengumumkan akan mengambil alih kerajaan persekutuan. Kalau benar
dedahkan nama mereka.”
Jika tidak didedahkan nama
katanya dakwaan itu bermakna semata-mata strategi PKR untuk meraih keyakinan
rakyat agar menyokong serta mengundi parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU13) kelak.
Sementara itu, Menteri Muda
Pembangunan Belia Abdul Karim Rahman Hamzah berkata wakil rakyat BN tidak
semurah itu untuk menyertai pakatan pembangkang.
“Kalau Baru Bian dan pakatan
pembangkang fikir ada YB BN Sarawak yang nak lompat parti atau bertanding guna
tiket PR, beliau hanya mimpi pada siang hari,” katanya.
Pakatan pembangkang umpama
kapal yang tidak diketahui siapa juragan yang sebenar, katanya merujuk kepada
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
“Ia belayar separuh karam
dan tanpa arah tuju. Semua juragan ada agenda sendiri,” katanya.
Sambil menegaskan bahawa
wakil rakyat BN tidak semudah itu hendak dibeli, beliau berkata Baru tidak usah
terlalu angkuh.
“Beliau (Baru) sendiri belum
tentu menang dalam PRU akan datang,” katanya.
Semalam Baru mendedahkan
beberapa wakil rakyat BN menunjukkan minat untuk menyertai parti pembangkang
pada PRU kelak.
Sambil enggan mendedahkan
nama dan jumlah, beliau mendakwa tindakan wakil rakyat tersebut mencerminkan
mereka tidak setuju dengan dasar-dasar BN.
“Saya dengar khabar angin
yang kencang (wakil rakyat BN akan menyertai pembangkang) dan mereka ada
berjumpa saya. Ini akan berlaku,” katanya.
Sumber: The Borneo Post
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®