Sunday 18 June 2017

Sarawak Buat Rayuan Kes Pujut - Abang Jo


KUCHING: Kerajaan Negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengenepikan keputusan Dewan Undangan Negeri berhubung pelucutan Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, rayuan itu akan dibuat oleh Peguam Besar Negeri mewakili kerajaan negeri di Mahkamah Rayuan nanti.

"Kita menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuching. Mahkamah mengikut lunas undang-undang, jadi kerajaan negeri akan merayu keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program ihsan Ramadan Satok di Dewan Dato Hajah Juma'ani Sekolah Kebangsaan Rakyat di sini petang tadi.

Ditanya apakah tindakan selanjutnya, Abang Johari berkata pihaknya akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

Semalam, Hakim Datuk Douglas Christo Primus Sikayun dalam penghakimannya berkata, Speaker DUN, Datuk Amar Asfia Awang Nassar membuat keputusan melampaui bidang kuasanya. 

Justeru katanya, Dr Ting selaku plantif adalah layak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan kekal sebagai ADUN Pujut  yang dipilih oleh rakyat. 

Susulan keputusan itu semalam, Mahkamah Tinggi Kuching mengarahkan defendan pertama dan kedua iaitu Speaker DUN Datuk Amar Awang Asfia Awang Nasar dan Dato Sri Wong Soon Koh membayar kos guaman RM100,000 kepada plaintif. -UB

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List