Friday, 19 May 2017

SPR Umum 4 Julai Tarikh PRK Pujut


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, Sarawak pada 4 Julai selepas Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan demikian bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Adun DAP, Dr Ting Tiong Choon yang dilucutkan oleh DUN Sarawak.

Hashim turut mengumumkan hari penamaan calon pada Selasa, 20 Jun, bertempat di Dewan Suarah Miri, Sarawak.

SPR berkata seramai 483 petugas pilihan raya dilantik untuk mengendalikan proses PRK itu, melibatkan perbelanjaan RM838,536.00.

Seramai 20,070 pemilih berdaftar layak mengundi pada PRK Pujut.

Pada 12 Mei, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai Adun Pujut selepas usul Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang negeri, Datuk Woon Soon Koh yang juga Adun Bawang Assan mendedahkan Dr Ting mempunyai 2 kewarganegaraan, iaitu Malaysia dan Australia.

Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan 70 Adun, manakala 10 yang lain membantah.

Dr Ting yang menjalani latihan sebagai doktor perubatan di Australia, meraih 8,899 undi untuk memenangi kerusi Pujut, menewaskan calon Barisan Nasional Hii King Chiong yang mendapat 7,140 undi, calon PAS Jofri Jaraiee (513 undi) dan calon Bebas Fong Pau Teck (375 undi).

Mengulas mengenai cadangan DAP yang mahu membawa kes tersebut ke mahkamah, Hashim berkata pihaknya akan mematuhi segala keputusan yang dibuat pihak mahkamah kelak.

“DAP nak cabar di mahkamah, kita hanya menjalani tugas kita dahulu, apabila kita terima notis kekosongan, dan SPR akan mematuhi keputusan dibuat mahkamah nanti.

“Kalau keputusan mahkamah kata ianya kekal pada masa itu kita kekalkan,” katanya. -MK

#PrkPujut
#TeamAbgJo
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List