Wednesday 10 August 2016

Tunggu Penjelasan Berhubung Pemberhentian Pekerja Sarawak



Sarawak setakat ini masih menunggu Petronas tampil memberi penjelasan mengenai isu menamatkan perkhidmatan rakyat Sarawak daripada operasinya di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang turut menafikan mengadakan pertemuan bersama Petronas semalam (9 Ogos) menjelaskan, beliau sendiri tidak menerima sebarang jadual perjumpaan berkenaan.

“Kita masih menunggu mereka datang dan tampil memberi penjelasan, sama ada mereka datang berjumpa atau tidak, saya tidak tahu.

“Hari ini saya seharian di Lundu dan belum ada jadual mesyuarat bersama saya buat masa ini.

Tindakan kita setakat ini masih sama iaitu moratorium permit sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Tunai Elaun Sara Hidup Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sematan/Lundu di Dewan Persatuan Chung Hua di sini, semalam.

Uggah berkata demikian bagi  mengulas mengenai perkembangan isu Petronas berkenaan di mana kerajaan negeri telah membekukan serta-merta permohonan permit kerja baharu untuk kakitangan Petronas dari luar Sarawak.

Jelas beliau, Sarawak perlu tampil dengan strategi bagi menyelesaikan perkara itu dengan lebih baik.

“Masalah ini telah dibangkitkan dalam akhbar, maka Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merasakan kita perlu menampilkan strategi.

“Strategi itu adalah dengan moratorium bagi permohonan permit kerja baharu dan dari situ kita akan tampil ke hadapan untuk mencari bagaimana menyelesaikan masalah ini,” tegasnya.

Sebelum ini Uggah dalam satu kenyataan mengumumkan moratorium kerajaan negeri itu berkuat kuasa serta-merta bagi semua permohonan permit kerja baharu untuk kakitangan Petronas dari luar Sarawak yang berhasrat bekerja di Sarawak.

Beliau berkata kerajaan negeri telah meminta penjelasan daripada Petronas dan syarikat minyak itu berkata pemberhentian pekerja adalah sebahagian daripada usaha mengurangkan kos. - UB

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List