Thursday, 5 May 2016

Rahsia Aziz DAP Didedahkan


Hajah Mazuin Haji Manan @ Maknek, nenek kepada calon DAP Batu Kitang Abdul Aziz Isa menyifatkan cucunya bagai "wayar tak betul" dan "bagai kera diberi belacan" apabila menyertai DAP.
 
"Aziz Isa adalah cucu Maknek dan ayahnya adalah anak ke empat. Dari tingkatan satu dan tingkatan dua, Makneklah yang menghantarnya ke sekolah kerana ibu bapanya bekerja dan setelah tamat tingkatan lima, Aziz melanjutkan pelajaran ke UNIMAS."
 
Maknek menjelaskan, emak Aziz berbangsa Iban manakala ayahnya berbangsa Melayu dari Buso dan Aziz bukanlah dari bangsa Melanau sepertimana yang didakwanya.
 
"Dia kata (Allahyarham) Tun Rahman itu datuk dia, semua orang ternama itu saudara-mara dia tetapi saya dia tidak mengaku nenek. Tapi macam mana dia boleh berdatukkan Tun Rahman dan Datuk Taib?," persoal Maknek.
 
"Aziz dahulu tidak berpolitik, malah selepas belajar di UNIMAS dia tidak terlibat dalam arena politik dan tidak bekerja."
 
Maknek menyatakan, Aziz hanya mula belajar berpolitik apabila mengikut ADUN Demak Laut (PBB/BN) Dr Haji Hazland Abang Hipni namun dia seolah-olah tidak sabar untuk berada di atas.
 
"Aziz tidak mahu berada di bawah tetapi terus ke atas dan seperti yang dia kata, dalam masa dua tahun dia akan jadi Ketua Menteri. Cita-cita dia macam "wayar tak betul"."
 
"Setelah itu apabila Aziz tidak jadi ketua (semasa bersama YB Hazland) dia menceburkan dirinya pula bersama DAP," kata Maknek sambil menambah, Chong (Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen) hanya mempergunakan Aziz di dalam DAP, malah Aziz seolah-olah macam anjing yang menyalak.
 
Maknek juga menyifatkan Aziz bagaikan kera diberi belacan kerana berani memaki hamun Tok Nan (Ketua Menteri) dan mencercakan Abang Jo (Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg) bodoh.
 
"Aziz berani menyumpah dan jenis yang cakap main lepas dan kaki maki... saya harap mudah-mudahan calon BN Batu Kitang Lo Khere Chiang akan menang."
 
"Aziz kata Tok Nan tak pandai, Abang Jo tak pandai. Dia baharu setahun jagung dalam arena politik dah kata orang tua-tua tidak pandai. Perjuangan orang tua-tua dia tidak tahu. Dia baharu saja berjuang."
 
Maknek mempersoalkan, jika beribu penduduk Batu Kitang mengundi memilih Aziz, beliau dan DAP mungkin tidak dapat menunaikan permintaan rakyat.
 
"Aziz masih muda, masih mentah kerana habis sekolah sahaja terus berjuang dalam arena politik dan banyak hal politik yang dia belum tahu. Sepatutnya berjuanglah dahulu dalam pemuda untuk mengambil pengalaman dahulu sebelum kita menjadi "bapa".
 
"Oleh sebab itulah Maknek yang lama tidak aktif kerana memberi kepada orang yang lebih muda. Apabila melihat cucu jadi macam ni, semangat Maknek kuat naik balik semangat."
 
"Aziz akan bertanding di Batu Kitang namun saya akan sokong calon BN Batu Kitang Lo Khere Chiang dan mudahan BN akan menang."
 
"Maknek juga berharap, rakyat Sarawak akan memberi mandat yang besar kepada Tok Nan dan BN," katanya lagi.
 
*Ditranskrip dari video temubual Hajah Mazuin Haji Manan @ Maknek, nenek kepada calon DAP Batu Kitang Abdul Aziz Isa di You-Tube. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List