Sunday 24 January 2016

Beberapa Calon PBB Di DUN Baharu Telah Dikenalpasti?

 
Desas-desus mengenai calon-calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu telah mula didengari.
 
 
Salah seorang dari calon yang berpotensi yang disebut-sebut itu adalah Jefferson Jamit Unyat, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri dan juga merupakan Pengerusi Protim PBB Bukit Goram.
 
N63 Bukit Goram adalah salah satu dari DUN baharu didalam Parlimen Kapit dan PBB telah menunjukkan minat untuk meletakkan calon mereka bertanding disana pada PRN ke-11 nanti.
 
 
Seorang lagi calon PBB yang dikatakan berpotensi adalah Haji Kenil Haji Jaraiie, juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri dan dijangka akan bertanding di kerusi DUN Balingian sementara ADUN Baligian sekarang iaitu Yussobnoh Balo akan bertanding di DUN Tellian iaitu salah satu dari 11 DUN yang baharu.
 
Sumber mengatakan pertukaran kerusi ini dilakukan kerana memandangkan Yussobnosh berasal dari Tellian dan ianya akan memudahkan lagi pentadbiran kedua DUN berkenaan.
 
Kedua individu yang diperkatakan ini juga telah menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Ibupejabat PBB di Bako pada sebelah pagi ini.
 
Apa-apa pun hanya Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem yang akan menentukannya dan penulisan ini hanyalah pendapat peribadi penulis sahaja. - UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List