Tuesday 28 October 2014

Apa? Kes Rayuan Anwar Mungkin Berlanjutan Hingga Jumaat?


PUTRAJAYA: Kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, mungkin disambung sehingga Jumaat ini.

Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata ini kerana giliran pasukannya berhujah yang dijadualkan pagi esok mungkin akan ditunda kepada Khamis dan pasukan pembelaan pula perlu menjawab hujah berkenaan sebelum keputusan dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan.

"Jadi, mereka (pihak mahkamah) akan memanjangkan kes ini sehari lagi iaitu sehingga Khamis atau kemungkinan pada Jumaat.

"Seperti yang anda tahu... ini adalah rayuan terakhir. Jadi banyak isu yang akan timbul dan juga isu yang tidak pernah berbangkit sebelum ini," katanya kepada pemberita ketika keluar dari Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman di sini, sebentar tadi. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List