Wednesday, 13 August 2014

TERKINI: SHOO X3 .. BEKAS EXCO PKR & DAP SELANGOR, SILA KOSONGKAN BANGUNAN SUK PLEASEEE ...


Korang nak menderhakakan kepada Sultan? DYMM Sultan Selangor sudah pun memperkenankan pemecatan tiga orang EXCO-EXCO DAP dan tiga ADUN PKR, mereka nak terus "menjalankan tugas" seperti biasa?

Difahamkan sebaik sahaja menerima perkenan DYMM Sultan Selangor, Pejabat Menteri Besar Selangor telah mengeluarkan surat pemecatan kepada EXCO-EXCO berkenaan;  Teng Chang Kim, Ean Yong Hian Wah dan V.Ganabatirau (DAP) serta  Elizabeth Wong Keat Peng, Rodziah Ismail dan Dr. Daroyah Alwi (PKR). 

Artikel 53(7) Undang-Undang Tubuh Selangor membolehkan Khalid bertindak di dalam lingkungan kuasanya setelah mendapatkan perkenan Tuanku untuk memecat EXCO-EXCO tersebut.

Untuk memperkuatkan lagi alasan kepada pemecatan mereka setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, menjadikan pemecatan tersebut adalah sah dan keenam-enam Exco yang telah dipecat tidak dibenarkan lagi memasuki pejabat (bekas) mereka.

"Kesemuan EXCO-EXCO berkenaan telah pun mengangkat sumpah 10 Aku Janji antaranya taat setia kepada Negeri dan Sultan."

Sehubungan itu, apabila mereka bertegas mereka hanya akan menjawab dan mendengar arahan parti berbanding arahan Negeri dan Sultan, bermakna mereka telah melanggar Aku Janji dan Sumpah Taat Setia serta Kerahsiaan yang telah mereka tandatangani!!!

Oleh itu, jadilah manusia yang bermaruah; kosongkan pejabat, kembalikan kenderaan-kenderaan rasmi dan harta-benda kerajaan Negeri Selangor dan GET LOST!!! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List