Wednesday 13 August 2014

TERKINI: PAS SELANGOR JANGAN TERPERDAYA DENGAN PROPAGANDA TENTANG ADANYA EXCO UMNO


Perkuatkan Melayu Islam di Selangor, jaga kebajikan rakyat, itulah yang harus diberi tumpuan kini dan jangan terpedaya dengan muslihat PKR dab DAP yang mengingini kerjasama PAS-BN membentukkan kerajaan perpaduan di Selangor tidak berjaya.

Kenyataan Exco PAS Sallehin Mukhyi kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam iaitu "PAS akan keluar daripada barisan exco sekiranya kerajaan Selangor memilih ADUN daripada Umno untuk menjadi exco" mungkin kerana kekhuatirannya disebabkan propaganda mengenai ADUN UMNO juga bakal di lantik sebagai EXCO-EXCO Selangor oleh pihak-pihak tertentu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lepas telah memberi jaminan yakni Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor tanpa sebarang syarat.

"Saya nak nyatakan BN sokong status Khalid kekal sebagai MB Selangor tanpa mengira fahaman politik. Kita juga tidak melihat kewajaran kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kerana apa yang penting soal kesinambungan dan nasib rakyat Selangor," katanya.

Dalam perkara ini, BN nyata memberi keutamaan kepada kebajikan dan masa depan rakyat Selangor maka PAS harus mengenepikan sifat ego, lupakanlah sejenak ketidaksamaan fahaman politik untuk kebaikan rakyat negeri Selangor.

"BN ikhlas memberi sokongan kepada Khalid demi memastikan kebajikan rakyat di negeri Selangor terus terbela dan 12 Adun Selangor daripada BN akan memberi sokongan kepada Khalid jika satu usul undi tidak percaya terhadap Khalid dibentangkan di DUN Selangor," Muhyiddin memberi jaminan.

"Sokongan kita tidak bersyarat. Kita pun tak tahu apa yang kita dapat. Kita cuma nak melihat kerajaan negeri stabil dan bagi kerajaan BN peringkat pusat, Adun kita yang 12 akan menyokong jika ada undi percaya dan sebagainya untuk Khalid kekal sebagai MB,” katanya lagi.

Dalam ertikata lain, soal agar ada EXCO dari kalangan ADUN UMNO dilantikkan sebagai balasan sokongan BN tidak timbul dan PAS harus bijak menilaikan siapa kawan dan siapakah sebenarnya lawan dalam isu MB Selangor! Janganlah terperdaya lagi dengan mereka-mereka yang telah nyata acap kali memperdayakan anda sebelum ini!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List