Thursday 14 August 2014

ISU MB SELANGOR: PAS DIKHIANATI DUA ADUN SENDIRI


Dua ADUN PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) hari ini mengkhianati PAS dengan memberi sokongan kepada Wan Azizah Kipas.

Azizah yang juga presiden PKR juga telah mengumumkan beliau mendapat sokongan penuh majoriti ADUN Selangor yang membolehkannya sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hasnul dan Saari sanggup bersekongkol dengan 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR, membelakangi keputusan PAS untuk menyokong Khalid agar terus menjadi MB Selangor.

Kata Azizah, jumlah majoriti tersebut selepas mengambil kira dua ADUN PAS Hasnul dan Saari menjadikan sebanyak 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk beliau sendiri menyatakan rasa hilang percaya mereka terhadap Khalid sebagai MB.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya sambil menambah beliau kini layak menjadi menteri besar setelah mendapat sokongan majoriti mudah ADUN Selangor. 

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong .. perlu di ingatkan bagi mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor untuk menjadi MB Selangor adalah calon tersebut mestilah ANAK JATI Selangor!!!

Sempat ker buat surat beranak baru tukar alamat Jijah oi?!!Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List