Monday, 11 August 2014

TERKINI: KEMELUT PKR DI SELANGOR, PKR SARAWAK PULAK YANG "MERAIH KEUNTUNGAN"?

-MASAKAN TIDAK, DUA PEMIMPIN PKR SARAWAK YANG KONONNYA MERANCANG UNTUK MENGADAKAN SIDANG AKHBAR UNTUK MENGUMUMKAN MEREKA HENDAK KELUAR DARI PARTI TERSEBUT PADA HARI TIBA-TIBA MEMBATALKANNYA PADA SAAT-SAAT AKHIR!!! SUDAH KENA BAYAR KER? MASYUKK!!! KEKEKE!!!-


Memang takde telur .. itulah ungkapan yang tepat ditujukan buat dua orang ahli Majlis tertinggi PKR Negeri Sarawak yang merancang untuk mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengwar-warkan mereka akan keluar dari parti PKR namun sebaliknya mereka gagal hadir atas alasan yang tidak munasabah..hampeh korang!!!

Salah seorang dari individu tersebut yang menghubungi aku semalam (klik sini) telah menghantar SMS untuk menentukan masa dan tempat pertemuan untuk sidang akhbar tersebut pada jam 5.20 am tadi. 

Hanya setelah setengah jam menanti di tempat yang di janjikan, beliau kemudiannya menghantar satu lagi SMS (jam 10.14am, masa pertemuan telah ditetapkan pada 10.30am) memaklumkan sidang akhbar tersebut telah dibatalkan dengan alasan, "maklumat sidang akhbar tersebut telah bocor dan di ketahui pucuk pimpinan PKR Sarawak".

WTF? .. Semalam individu tersebut telah pun memaklumkan pucuk pimpinan PKR Sarawak (Baru Bian) mengenai niat mereka hendak meninggalkan PKR. Kenapa pulak timbul perkara ini "telah bocor dan di ketahui pucuk pimpinan PKR Sarawak"?

Sumber dari rakan aku kemudiannya mendedahkan berkemungkinan kedua individu ini telah "dibayar" oleh pihak-pihak tertentu untuk membatalkan niat mereka untuk keluar PKR!!!

Kebetulan pada masa yang sama, salah seorang daripada individu tersebut menghubungi aku dan apabila ditanya beberapa soalan; "Adakah anda sudah "dibayar" untuk tidak keluar dari PKR Sarawak? Adakah bermakna anda masih ahli PKR?", beliau terus meletakkan talipon!

Hanya satu kesimpulan yang boleh aku buat dari perkembangan terbaru ini iaitu  nampaknya terdapat segelintir pemimpin PKR Sarawak yang cuba meraih keuntungan dari kemelut isu PKR Selangor yang melibatkan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan mengugut untuk keluar parti namun tidak meneruskan niat mereka setelah mereka "dibayar"!! What do you say to that?!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List