Sunday 10 August 2014

BREAKING NEWS: DUA AHLI MAJLIS TERTINGGI PKR SARAWAK AKAN MELETAK JAWATAN .. APA DAH JADI NI PKR? KEKEKE!!!



Sebentar tadi aku baru dapat panggilan talipon dari salah seorang Ahli Majlis Tertinggi PKR Sarawak (yang namanya tidak aku dedahkan buat masa ini) yang menyatakan beliau dan seorang lagi rakannya akan meletak semua jawatan dalam PKR dan keluar daripada parti tersebut.

Beliau menegaskan, beliau telah merancang akan keluar dari PKR secara rasminya dalam satu sidang akhbar besok.

"Saya dan rakan saya berasa tidak berpuashati dengan pucuk pimpinan PKR pusat yang sering membuat keputusan tanpa bertanya pandangan dari kami," ujarnya tanpa menerangkan dengan lanjut mengenai perkara tersebut.

"Surat perlantikan jawatan (Ahli Majlis Tertinggi PKR Sarawak) kami sehingga kini pun tidak pernah diberi, seolah-olah kami tidak wujud namun apabila mereka (PKR Pusat) berkehendakkan keringat kami untuk berkerja, baru mereka mempergunakan kami.

"Dah berkali-kali kami pergi ke Kuala Lumpur bertanyakan tentang perkara ini namun tak pernah di endahkan," katanya beliau sudah memaklumkan kepada pucuk pimpinan PKR Sarawak mengenai keputusannya untuk meninggalkan parti.

Ditanya mengenai mengapa agaknya PKR pusat seperti agak keberatan untuk mengeluarkan surat perlantikan mereka, beliau berkata, "Ini adalah polisi PKR selama ini kerana mereka (PKR pusat) takut untuk mengiktirafkan siapa kami sekiranya kami keluar dari PKR sepertimana yang akan saya lakukan nanti."

Beliau menerangkan rakannya yang pernah bertanding menentang seorang Menteri Muda Sarawak dalam PRN yang lalu juga sudah muak dengan PKR dan akan mengikut langkahnya meninggalkan PKR.

Apabila ditanya samaada ramai lagi ahli PKR akan keluar dari parti tersebut, beliau hanya berkata, kita tunggu dah lihat saja nanti.

PS: Adakah ini bermulanya keruntuhan PKR Sarawak? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List