Thursday 24 July 2014

CARA NAJIB SELESAIKAN ISU MH17 TERUS DIKAGUMI


KUCHING: Semua Ahli Parlimen mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kejayaan beliau menyelesaikan isu berkaitan pemilikan kotak hitam pesawat MH17, siasatan di lokasi nahas dan penghantaran pulang mayat mangsa.

Ucapan syabas dan terima kasih itu dinyatakan ketika sesi membahaskan usul mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab terhadap insiden menimpa pesawat komersial milik negara itu pada mesyuarat khas Parlimen semalam.

Menteri Kerja Raya yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof berkata semua Ahli Parlimen tanpa mengira ideologi politik berbangga dengan usaha Najib menyelesaikan masalah itu secara senyap.

“Perkara paling penting pada persidangan khas Parlimen hari ini (semalam) ialah semua Ahli Parlimen mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Perdana Menteri atas tindakan beraninya menyelesaikan masalah ini.

“Dua perkara penting yang mengagumkan Ahli Parlimen sama ada daripada pembangkang mahupun komponen Barisan Nasional (BN) ialah puak pemisah bersetuju menyerahkan kotak hitam kepada Malaysia dan menyerahkan mayat-mayat mangsa kepada Belanda bagi membolehkan proses bedah siasat dapat dilaksanakan segera,” katanya menerusi temu bual telefon semalam.

Fadilah menambah matlamat negara seterusnya ialah membawa pulang kesemua mayat mangsa sebelum Hari Raya Aidilfitri agar dapat disempurnakan mengikut kepercayaan masing-masing.

Beliau memberitahu, persetujuan puak pemisah menyerahkan mayat-mayat mangsa kepada Belanda amat penting bagi membolehkan proses mengenal pasti identiti mangsa dapat disegerakan.

“Kita amat berharap proses mengenal pasti identiti mangsa dapat dilakukan segera meskipun sedia maklum dalam kes seperti ini mengesahkan DNA mengambil masa,” jelasnya.

Katanya kesemua ahli Parlimen semalam menyatakan sokongan mereka terhadap usul-usul dikemukakan Perdana Menteri terutama memastikan tindakan tegas diambil ke atas pihak bertanggungjawab dengan membawa mereka ke muka pengadilan hasil daripada siasatan dilakukan dan membawa pulang mayat mangsa sebaik selesai proses mengenal pasti indentiti mangsa.

Secara peribadi pula katanya, kejayaan Najib menyelesaikan masalah itu dengan caranya sendiri tetapi amat berkesan membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa besar dan sentiasa berusaha menunaikan janjinya kepada rakyat.

“Ini sejajar dengan gagasan diperjuangkannya iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Beliau sanggup mengambil risiko dengan berbincang terus dengan puak pemisah tanpa banyak bersuara.

“Itulah Najib…tidak hanya bercakap kosong tetapi berusaha melaksanakannya,” katanya.

Negara mencapai persetujuan dengan puak pemisah pro-Rusia itu selepas Najib menghubungi dan berbincang dengan pemimpin puak pemisah Ukraine, Alexander Borodai.

Dalam persetujuan itu Borodai bersedia menyerahkan kotak hitam pesawat MH17 kepada pasukan Malaysia di Donetsk selain memberi jaminan keselamatan kepada para penyiasat bebas antarabangsa ketika melakukan siasatan penuh di lokasi nahas dan bersetuju memindahkan 282 mayat mangsa ke Kharkiv sebelum diserahkan kepada Belanda untuk siasatan forensik. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List