"Kami (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) tidak sempurna," kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Hajah Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata, justeru itu, jika terdapat apa-apa masalah atau kekurangan yang dilihat diminta memberitahu pihaknya agar bersama-sama dapat menyelesaikan perkara berkenaan.
"Program 'Meet Mynetsterz' yang dianjurkan ini antara tujuannya bagi membina persefahaman antara satu sama lain mengenai peranan, tanggungjawab dan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan bagi manfaat rakyat.
Rohani, yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika Program 'Meet Mynetsterz' yang dihadiri lebih dari 100 Facebooker, Blogger dan pengamal media di Wisma Wanita, Petra Jaya di Kuching, Sarawak siang tadi.
"My Netsterz juga boleh menjadi "mata dan telinga" kementerian bagi menyampaikan permasalahan yang terbangkit," katanya lagi.
"Selain itu, kita mahu mendengar sebarang cadangan dan pandangan bagi kementerian terus mempertingkatkan perkhidmatan yang terbaik terutama kepada golongan sasaran," katanya.
Kesemua pengurusan tertinggi kementerian turut hadir bagi menjawab segala pertanyaan dan kemusykilan yang ada oleh peserta program itu.
Tambah Rohani, beliau juga menghargai penglibatan semua pihak dalam program itu bagi memastikan kementeriannya terus kekal relevan yang memberikan manfaat kepada rakyat.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®