Sunday 1 June 2014

KETIBAAN NAJIB DI SARAWAK UNTUK SAMBUTAN HARI GAWAI


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan dua hari ke Sarawak sempena sambutan Gawai Dayak di negeri ini.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Miri, Najib disambut kenamaan negeri dan masyarakat setempat diketuai Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Malam ini, beliau akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, di sebuah hotel terkemuka di sini.

Esok, Najib dijadual menghadiri majlis sambutan Gawai bersama masyarakat Kenyah di Long Silat, sebuah penempatan di pedalaman daerah Baram yang terletak kira-kira tujuh jam perjalanan darat dari sini.

Pada sebelah petangnya, perdana menteri akan diraikan di majlis sambutan Gawai di Rumah Jarek Anak Klambu di Lambir, sebuah rumah panjang kaum Iban yang terletak kira-kira 20 kilometer dari sini.

Ini disusuli dengan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak 2014 di Dataran Kipas di sini pada sebelah malamnya dan beliau dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas selesainya acara itu.

Gawai Dayak disambut masyarakat itu secara tradisinya sebagai tanda mensyukuri hasil tuaian padi dan kerajaan Sarawak mengisytiharkan 1 dan 2 Jun setiap tahun sebagai cuti umum bagi meraikannya. 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List