Thursday 5 June 2014

KES PAPA GOMO DITETAPKAN OLEH MAHKAMAH 20 JUN INI


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini Khamis menetapkan 20 Jun untuk keputusan permohonan pengendali blog Papa Gomo menangguhkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM850,000 kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar setelah mendengar hujahan daripada peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo), yang mewakili diri sendiri.

Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List