Tuesday 10 June 2014

ANALISIS NEGARA BRUNEI SAHKAN COKELAT CADBURY TIADA DNA BABI

Prihatin dengan isu DNA babi dalam cokelat Cadbury yang menggemparkan Malaysia sebelum ini, negara Brunei turut mengambil inisiatif sendiri untuk kebajikan rakyatnya.

Berdasarkan satu kenyataan media dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei, mereka telah mengambil sampel cokelat Cadbury terbabit lalu dihantar ke Pusat Sains Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama untuk dianalisis.

Keputusannya, tiada DNA babi dikesan sekaligus membuktikan ia halal dimakan tanpa was-was. 


Nampaknya status halal Cadbury semakin jelas. Baik di Malaysia mahupun Brunei, masyarakat Islam tak perlu lagi risau untuk menikmati cokelat kegemaran mereka ini. (sumber

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. satu cara nak pulihkeyakinam pda cadburi dikalangan umat islam bagi percuma pd umat islam sempena ramadhan ni.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List